SuRpRisE !!! (^,^)

Do u know enough about Maybankard? Find It here.
Love to party, find out those gifts.

Wednesday, December 1, 2010

Mewah Bahasa: 'Cekap tapi cemekap'

Photobucket
PADA suatu pagi ....

Naim: Hang dah tau ka?
Arif: Tau apa?

Naim: Laa ... hang tak tau la lagi ka??
Arif: Kau tak bagi tau, macam mana aku nak tau! Tau apa?

Naim: Ni ha ... kawan kita tu ... jatuh mutu!
Arif: Jatuh moto?! Siapa?

Naim: Kawan kita tu la ....
Arif: Yalah! Aku taulah kawan kita ... tapi siapa? Kawan kita bukannya sorang je!

Naim: Padil ....
Arif: Padil?! Hah! Kalau kau cakap dari tadi kan senang. Eh! Teruk ke?

Naim: Tak la teruk sangat, tapi kemarin aku tengok kaki dia bersimen. Hang pi la tengok ....
Arif: Kat hospital mana?

Naim: Dah tak duduk wad ... ada kat rumah dia.
Arif: Oo ... kat rumah, nanti petang aku pergi jenguk. Tapi maca mana dia kemalangan ek? Orang langgar ke?

Naim: Dia kata jatuh sendiri.
Arif: Jatuh sendiri?!

Naim: Ha’a, langgaq tiang lampu isyarat.
Arif: Macam mana boleh jadi macam tu ....

Naim: Aku tak heran dia jatuh mutu tu.
Arif : Kenapa pulak? Dia dah lama bawa moto, bukannya baru sehari dua ... cekap dah tu!

Naim: Tak kan hang tak tau perangai dia tu ... jenih cemekap! Semua kerja cemekap ... naik mutu pun cemekap!
Arif: Memanglah, kan aku dah cakap tadi ... dia dah lama bawa moto, memanglah cekap. Tapi tang kerja tu kau kata cekap ... aku tak berapa setujulah, sentiasa kelam-kabut. Bukan tak pandai buat kerja tapi gopoh-gapah sangat ... tu yang jadi semua kelam-kabut. Hairan juga yek, macam mana dia boleh langgar tiang lampu isyarat, kalau orang langgar dia, lainlah cerita.

Naim: Memanglah cekap bawak mutu ... tapi cekap macam mana pun kalau dah cemekap, tu yang jadi cium tiang lampu!!
Arif: Eh! Cemekap ni kata ganda untuk cekap ke? Cekap cemekap ek? Kata ganda dengan sisipan - em -, ye?! Betul ke? Aku bahasa Melayu ni kurang sikit, SPM dulu cukup- cukup makan je dapat kredit. Tapi bahasa Inggeris, tak ada masalah ... lagi teruk! He! He! He!

Naim: Hey! Hang jangan nak buat lawak pulak. Cemekap tu bukan kata ganda cekap! Tu ... cara si Padil bawa mutu, cemekap sangat, tu pasai langgaq tiang lampu!
Arif: Macam mana pulak cemekap boleh sebabkan eksiden? Tak faham aku ni!!

Naim: Habis tu kalau dah bawak moto gopoh-gapah, laju tak tentu hala, kelam-kabut ... tu yang sangkut kat tiang lampu!
Arif: Bukan cekaplah yek?

Naim: Memanglah bukan cekap, tapi cemekap ... gopoh! Tak kan hang tak tau, selalu macam tu, asyik gopoh, kelam-kabut aja memanjang. Bawak mutu pun ikut macam tu.
Arif: Oo ... tu ka maksud cemekap, aku ingatkan cekap!

Naim: Tu la hang, dah lama kerja kat sini, tapi tak mau belajaq cakap orang sini.
Arif: Yalah! Ni aku tengah belajarlah ni ....


GLOSARI

Cemekap - (dialek Kedah) gopoh
Mutu - (dialek Kedah) motor/motorsikal
Jenih - (dialek Kedah) jenis
Moto - (bahasa pertuturan) motor/motorsikal
Eksiden - (bahasa pertuturan) kemalangan

p/s: Jutaan terima kasih kpd pihak Berita Harian dan Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

Wednesday, November 24, 2010

Mewah Bahasa: Ade Bdonno

Photobucket

HASYIM seorang pelajar Singapura yang sedang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur. Pada cuti Disember, beliau mengikut rakan sekursusnya pulang ke kampung di Kelantan untuk merasai suasana hidup di perkampungan Melayu. Kebetulan pada waktu itu musim hujan dan banjir ....

Hasyim: Macam ni ke rupa banjir kat Kelantan ni?!
Ramli: Macam ni laa ... macam mana pulak lagi?
Hasyim: Selama hari ni aku bayangkan banjir kat sini macam kat luar negeri yang selalu tunjuk dalam TV tu.

Ramli: Macam mana?

Hasyim: Yalah! Air laju membuak-buak ... habis hanyut semua rumah dan ramai yang mati. Tapi kat sini aku tengok orang tak risau sangat pun ... siap main air lagi tak kira besar kecil, tua muda!

Ramli: Ha! Ha! Ha! Kat sini memang tak terasa sangat ... kawasan ni tinggi sikit. Tengok rumah aku ni, tak kena banjir pun ... tapi yang tepi sungai sana dan kat kawasan yang rendah, teruk juga. Kan dah ramai yang kena pindah tu!! Tapi tulah ... kau ikut aku balik kampung ni tak kena masa.
Hasyim: Tak kena masa??

Ramli: Yalah!! Datang musim hujan macam ni, kena banjirlah!! Tak boleh nak jalan-jalan gi tempat lain ... nak gi Rantau Panjang tak boleh, nak gi Pengkalan Kubo tak boleh, nak gi Kota Bharu pun tak boleh!!

Hasyim: Tak apa, ni pengalaman pertama aku alami banjir ... kat tempat aku tak pernah banjir. Lagipun kawasan rumah kau ni tak kena banjir pun, dah tentu selamat ... apa nak dirisaukan!!

Ramli: Pasal keselamatan memang tak perlu risau, cuma aku risau kau rasa boring aje la ....

Hasyim: Boring??

Ramli: Ha’ a ... boring! Tak ada apa yang boleh dibuat ... terperangkap banjir kat sini.

Hasyim: Ha laa boring gak! Eh! Petang-petang macam ni jom kita main bola, ajak le kawan-kawan kau yang lain tu ...

Ramli: Tak boleh!

Hasyim: Kenapa pulak tak boleh?

Ramli: Pade bdonno!

Hasyim: Padi??

Ramli: Bukan padilah ... pade!! Pade tu padang ... padang bdonno!!

Hasyim: Dono?

Ramli: Ha la ....

Hasyim: Ish!! Tak tau?? Ni kan ke kampung kau ... tak kan kau tak tau padang kat mana?!

Ramli: Eh! Apa pulak tak taunya ... tempat aku main sejak kecil.

Hasyim: Tadi kata tak tau?

Ramli: Bila pulak aku kata tak tau?

Hasyim: Aii ... tadi kau yang kata don’t know ....

Ramli: Aku bukan kata don’t know, tapi donno ....

Hasyim: Samalah tu ....

Ramli: Lain ... kat sini lain! Orang sini maksudnya becak, lecak bergelumang.

Hasyim: Maknanya ....

Ramli: Padang bdonno tu maknanya padang lecak ...musim hujan ni banyak padang dah tenggelam bah. Kat rumah aku ni tak kena bah, ada padang kat sekolah belakang tu, tapi tak boleh main sebab bdonno ... lecak! Hujan turun hari-hari ... air bertakung!

Hasyim: Oooo ... aku ingat kau don’t know padang kat mana. Tapi memang aku tengoklahkan ... bahasa orang kat kampung kau ni lainlah dari di KL ... banyak yang aku tak faham ....

Ramli: Dah datang sini, kau kenalah belajar bahasa orang sini ... senang nanti kut jadi menantu orang sini ... he! he! he! ....

Hasyim: He! he! he! ... betul gak tu ... aku tengok awek sini lawa-lawalah!!

Ramli: Tak! Kat sini tak da yang lawa ... tapi come lote!! He! he! he!

Hasyim: He! he! he! he! come lote ... eh! Kita nak buat apa sekarang ni?! Boring gak kalau macam ni je ....

Ramli: Tak! Tak boring ... masih banyak aktiviti yang boleh kita buat.

Hasyim: Buat apa?

Ramli: Main airlah! Apa lagi .... bukan senang nak dapat peluang main air macam ni ... setahun sekali je.

Hasyim: Jom ... gerek sey!!

Glosari

Dialek Kelantan/Terengganu

Berdonor/bdonno: lecak, bergelumang, bergelimang

p/s: Jutaan terima kasih kpd pihak Berita Harian dan Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

Wednesday, November 10, 2010

Mewah Bahasa: 'Tuka duit rial'

Photobucket

Kamal: Nak ke mana tu?

Halim: Nak gi kedai kejap!
Kamal: Apa benda dalam buntil tu? Berat semacam je ....
Halim: Aku dah keringlah! Bulan ni teruk betul ... kereta buat ragam! Nak sampai cukup bulan ni semput betul.

Kamal: Kenapa kereta kau? Rosak ke?

Halim: Ha’a ... balik Kelantan hari tu kena over heat, nasib baik dah dekat Bentung baru kena, boleh jugalah gagah sampai Gombak ni.

Kamal: Huh! Teruk tu ... enjin pecah ke? Macam mana boleh sampai over heat? Tak cek air ke?
Halim: Motor kipas buat hal ... kipas tak pusing, air tendang keluar! Nasib cepat sedar, tapi gasket terbakar ... minyak hitam bocor.

Kamal: Piston ok?

Halim: Ok! Tapi kena top over haul le juga.

Kamal: Banyak kena tu rasanya?!

Halim: Boleh tahanlah! Habis sebulan gaji .....

Kamal: Yang bawa buntil ni nak ke mana pulak? Apa dalam buntil tu?

Halim: Hahaha ... nasiblah ada yang ni ... nilah talian hayat aku sementara nak cukup bulan ni ... duit tabung!! Duit syiling yang aku kumpul dekat dua tahun dalam tabung.

Kamal: Ooo ... syiling!! Nak bawa gi mana pulak?

Halim: Nak ke kedai, ... nak tuka duit rial!!

Kamal: Tukar rial? Kena pergi gi money changer le ... kat kedai tak boleh!!

Halim: Boleh!! Aku dah tanya tadi, orang kedai tu memang suka sangat sebab sekarang ni susah dapat duit kecil.

Kamal: Ooo ... heran jugak aku ... selalunya orang tukar duit ni pergi money changer atau bank!

Halim: Dak aih! Money changer tak mau tuka syiling dengan rial.

Kamal: Tak mau? Pelik betul, ... kan ke tukar duit tu memang perniagaan dia?!

Halim: Memang le dia niaga tukar duit, tapi tukar duit Malaysia dengan Indonesia ke, Amerika ke, China ke ... dia maulah. Tukar rial dia tak mau!!

Kamal: Eh! Kau nak pergi Mekah ke? Dapat pergi haji tahun ni yek?! Bertuah kau ... muda-muda lagi dah nak pergi haji! Ada orang tu dah bertahun-tahun daftar, tak dapat-dapat ... dah tua baru nama naik!!

Halim: Tak aih! Belum pergi haji lagi ... usahkan daftar, akaun tabung haji pun belum buka lagi!!

Kamal: Ooo bukan nak pergi haji?! Habis tu buat apa duit rial?

Halim: Buat apa kau tanya? Buat belanjalah, nak menyampaikan cukup bulan!

Kamal: Pakai rial? Eh! Lim ... kita ni kat Malaysia tau, tak pakai duit Saudi, kita pakai RM, ... ringgit Malaysia!!

Halim: Siapa pulak yang nak tukar duit Saudi?

Kamal: Eh! Kau ni cakap berbelit-belitlah, kan kau yang sendiri cakap tadi nak tukar duit rial?

Halim: Betullah tu, nak tukar duit rial!!

Kamal: Ha! Dah tukar duit rial, nak pergi Mekah le tu ... kalau betul nak pergi haji, janganlah nak bersembunyi-sembunyi lagi ... benda yang baik macam ni kena bagi tau kawan-kawan!!

Halim: Benda yang baik apa pulak ni?! Tambah keliru aku nih!!

Kamal: Betullah kau nak pergi Mekah ... kan?!

Halim: Idak aih!! Aku tak pergi Mekah ... tak cukup pun duit ni nak buat tambang!

Kamal: Yang kau nak tukar duit rial tu, untuk apa?

Halim: Ha, laa ... kena tukar le ke duit rial, takkan aku nak angkut syiling dalam buntil ni ke hulu ke hilir ... kalau dah tukar duit rial, duit kertas ... senanglah nak bawa, belanja pun senang....

Kamal: Duit kertas? Duit rial ni duit kertas ke?

Halim: Ha laa ... orang negeri aku panggil duit kertas ni duit rial!!

Kamal: Laa ... mati-mati aku ingat duit rial Arab Saudi!!

Glossari
Rial - ( i ) mata wang Arab Saudi
( ii ) (dialek Kelantan) wang kertas
( iii ) (dialek Kelantan) ringgit

p/s: Thanx to Berita Harian dan Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

Wednesday, October 13, 2010

Mewah Bahasa: Berjagung-jagung dahulu

Photobucket

FAIZAL yang baru tamat pengajian di universiti, berkunjung ke rumah Pak Long bagi melepaskan lelah selama empat tahun demi segulung ijazah.


Pak Long: Dah habis belajar ni, tak kerja ke? Faizal: Belum lagilah Pak Long, nak rileks dulu ... dah penat perah otak empat tahun.


Pak Long: Duduk kampung ni teruslah ... boleh juga tolong-tolong tengokkan pelajaran adik-adik sepupu kamu tu.

Faizal: Tu yang saya datang ni ... nak merasa duduk di kampung pulak, tapi tak boleh lamalah, sementara nak dapat kerja je.

Pak Long: Dah minta kerja ke?
Faizal: Belum lagi ....

Pak Long: Kalau tak minta, macam mana nak dapat?!

Faizal: Tunggulah dulu Pak Long ... konvo pun belum lagi. Nak rileks-rileks kat kampung ni. Dulu merasa duduk dua tiga hari aje ikut ayah ngan mak balik, sekarang nak merasa lama sikit, duduk sini dua, tiga bulan.

Pak Long: Tak kan nak duduk-duduk, tak buat apa-apa je? Nanti jemu ... duduk seminggu aje nanti dah nak balik Kolumpo. Maklumlah kat kampung ni bukannya ada apa-apa hiburan, panggung wayang kat pekan tu pun dah lama tutup. Ayah kamu dulu, masa remajanya itu le tempat hiburan.

Faizal: Ayah dulu suka tengok wayang ke? Atuk tak marah?

Pak Long: Dia curi-curi tengok tapi yang siangnya, ... Pak Long pun sama. Rasanya atuk tau tapi buat-buat tak tau ... gamaknya saja nak nengok akal kami.

Faizal: He, he, he ... nakal juga Ayah ngan Pak Long masa remaja dulu yek?!

Pak Long: Anak jantan, macam tu le ....

Faizal: Pak Long ni sporting laa ....

Pak Long: Ate kamu nak duduk di kampung dua tiga bulan ni nak duduk saja ke? Tak nak cari kerja?

Faizal: Cari kerja?

Pak Long: Ye le..... orang tua-tua kata, baik berjagung-jagung dahulu sementara padi belum masak, daripada duduk aje ....

Faizal: Eee ....Tak maulah! Tak reti pun ....

Pak Long: Tak reti? Apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak reti buat kerja. Sebenarnya semua orang yang bekerja tu mula-mula memang tak reti, tapi lepas tu belajarlah sebab yang belajar kat universiti tu tak sama dengan bekerja.

Faizal: Tu sebab saya belajar tinggi ... tak mau kerja tu!

Pak Long: Tak mau kerja ... buat apa belajar tinggi kalau tak mau kerja?

Faizal: Nak! .... sapa kata tak nak kerja, Cuma tak nak le kerja tanam jagung dan tanam padi.

Pak Long: Sapa pulak suruh kamu tanam jagung?

Faizal: Eh! Tadi kan Pak Long yang suruh tanam jagung? Atau jual jagung ke?

Pak Long: Laa ... tadi tu Pak Long suruh cari kerja ... kerja sementara ... sementara nak dapat kerja tetap yang sesuai dengan kelulusan dan jiwa! Bukannya suruh tanam jagung, itu peribahasa ....

Faizal: Ooo ... peribahasa ... tapi apa maknanya tu? Hehehe ... Saya ingatkan Pak Long nak ajak saya buat kebun jagung dan bersawah padi. Tak reti saya ... tak pernah dibuat seumur hidup! Eh! Apa sangkut pautnya dengan cari kerja sementara?

Pak Long: Maksudnya, macam yang Pak Long kata tadilah, kita buat kerja lain dahulu sementara dapat kerja yang benar-benar sesuai dengan kelulusan dan minat kita. Dapat juga pendapatan walaupun tidak seperti yang kita hajati.

Faizal: Ooo ... gitu ke?!

Pak Long: Orang dulu-dulu hidupnya dengan bersawah ... menanam padi. Padi dulu lama, tak macam sekarang ... sementara nak tunggu padi masak, mereka tanam jagung dulu ... putik boleh buat sayur, yang matang boleh rebus, boleh buat penganan. Jagung ni tanam dua tiga bulan dah boleh makan.

Faizal: Uisy! Pandai orang tua-tua dulu main bahasa ni yek?

Pak Long: Mereka kaitkan dengan cara hidup, alam dan persekitaran ....

GLOSARI

Berjagung-jagung dahulu sementara padi belum masak - melakukan sesuatu usaha yang kecil sementara mendapat sesuatu yang lebih besar.

p/s: terima kasih kpd Berita HArian dan Prof Madya Dr Nor Hisham Osman (Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya)

Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. Dialog menggunakan dialek dan juga bahasa pertuturan yang mungkin tidak sama dengan tatabahasa baku.

♥Ideal Sisters : Hanya Sekali♥ ('^_^)v



Sekali janji ku lafazkan
Akan ku kotakan
Walaupun dihalang
Sekali ku lafazkan kata cinta
Takkan ku permainkan

Sekali didalam hidupku
Kurasakan cinta yang suci sejati
Sekali hanyalah sekali ini
Tiada lagi tukar ganti

Sehari ku rasa setahun
Jika tiada kasihmu
Jika kau pergi jauh
Perasaanku akan terganggu
Hanyalah kau seorang
Mengubat hati rinduku

Tiada bandingan di dunia
Yang sama semurni
Cinta yang kau beri
Sekali ku katakan sekali lagi
Cintaku hanya sekali

Wednesday, October 6, 2010

♪♫ OnCe UpOn A TiMe... ^o^

Once upon a time...
when i seek for knowledge,
in The Garden of Knowledge and Virtue...

Once upon a time...
when my journey ended and begun...
only one place forever in my mind...

Once upon a time...
when we studied together,
we as friends cared for each other...
Photobucket

Once upon a time...
when the burden got to me soul and body...
all the important is my family...
Photobucket

Photobucket

p/s: Thanx for my lovely family, whether directly or accidentally...
Thanx for all friends, lecturers, guards, hawkers in relation with IIUM Gombak...
now that i got my first degree, may the path is bless for me...

Iwan, along dh grad... cepat sket grad, along x sbr nk pie sana plk ;p

♥KuNtUmAn KeNaNgAn ♥ ('^_^)v

Flowers are the sweetest things God ever made, and forgot to put a soul into.

~Henry Beecher, Life Thoughts, 1858

4 jambak bunga dlm sehari... 1st time dpt sbanyk itu.. tp kali ptama org bg bunga kt i hampir setahun lps, 13 oktober 2009. org tue masih bg bunga kali nie, n masih lg bertempat di UIAM..
Photobucket

Photobucket
from ayah n ibu.. thanx for evrything.. those years passed by with pray and tears, supports n chears..

Photobucket
from adek2... best nye ferrero roche tue... ahakz...

Photobucket

Photobucket
x smpai stahun bg bunga lg... thanx for those happiness n sweet smile, may Allah bless us for many miles...

Photobucket
secret admire?? fuh, bila h call nsib baik orgnye wujud... thanx a lot for u(die tahu die sape)...hik3...

Photobucket

Wednesday, September 29, 2010

Mewah bahasa: 'Semua dah tumpo'

Photobucket

SAIFUL yang sudah berhijrah ke bandar, mengambil kesempatan berkunjung ke rumah sahabatnya, Ali pada cuti Hari Raya yang lalu. Mereka teman sepermainan yang sentiasa saling memahami sehingga masing-masing pasti mencuri peluang untuk bertemu jika berpeluang.

Saiful: Seronok duduk kampung ni ya?!

Ali: Tu la pasalnya bila habis aje maktab dulu aku minta ngajar kat kampung. Dah rezeki aku ... dapat pulak tu!

Saiful: Tapi tak semua orang suka, tak ada kehidupan. Macam aku ni, sesekali datang memanglah rasa seronok tapi kalau nak duduk terus sini, rasanya tak lalulah ... tak sesuai dengan jiwa aku!

Ali: Duduk kampung ni boleh buat banyak aktiviti untuk penuhi masa lapang, bercucuk tanam, bela ayam itik.

Saiful: Tang itu yang aku tak berapa minat tu ... he! he! he! tapi tang makan ayam kampung, aku memang suka sangat! Itulah sebabnya aku suka melawat kau ni, dapat makan ayam kampung dan itik!

Ali: Oooo ... pandai kau ek?! Makan suka tapi bela tak nak!
Saiful: Bela ayam ni aku tengok lecehlah ... busuk pulak tu, tapi kali ni aku nak cuba sembelih sendiri pulak! Kat KL mahal tau. Ayam kampung ni mau dua puluh ringgit seko, itik lagi mahal ... empat puluh ringgit seko!!

Ali: Tak boleh! Tak merasalah kau nak menyembelih ayam!

Saiful: Kenapa pulak? Janganlah nak berkira sangat dengan kawan, aku taulah ayam kampung tu mahal tapi takkan sebab itu kau nak ketepikan kawan!

Ali: Tak boleh! Nanti kita pergi pasar beli ....

Saiful: Tak mau le yang pasar punya! Aku nak yang kau bela tu, macam dulu ... aku datang yang dulu kan ke kau sembelih ayam yang kau bela sendiri?! Tapi kali ni aku pulak nak sembelih sendiri, nak merasa ... tak pernah lagi praktikkan menyembelih ni. Teorinya dah banyak kali belajar. Alaa ... janganlah kedekut sangat, sedekah kat aku seko ... bukannya luak.

Ali: Bukan kedekut, tapi dah abih tumpo!

Saiful: Tak jadi hal punya ... aku ada bawa pisau sendiri, elok tajam ... pisau Buck yang aku selalu bawa pergi camping tu.

Ali: Tak guna pun kau bawak pisau impot US tu ... dah tumpo, nak buat camana?!

Saiful: Aku dah asah dah ... tajam! Tentu sah punya sembelihan ... kau jangan risaulah!

Ali: Aku taulah pisau kau tu tajam ... pasal pisau tak jadi masalah. Kat rumah aku ni pun ada pisau tajam yang masalahnya sekarang ayamnya ....

Saiful: Tadi kau kata masalah pisau tumpul, bila aku kata aku ada pisau tajam, kau kata masalah ayam pulak! Kau ni betul dah berubahlah ... dah kedekut, tak macam dulu lagi .... Kalau tak mau kasi cakap ajelah terus-terang, tak perlu berdolak-dalih.

Ali: Betul!! Ayamnya dah abih tumpo! Itik pun sama ....

Saiful: Ayam tumpul? Eh! Kenapa pulak ayam itik tumpul? Yang tumpul pisau, bukan ayam itik! Merepek apa kau ni!

Ali: Ha ha ha ... tumpolah! Bukan tumpul ... korek sikit telinga kau tu!!

Saiful: Tumpo?? Apa tu?

Ali: Laa ... tak tau ke? Tumpo tu maknanya mati.

Saiful: Mati??

Ali: Ahaa la ... tapi bukan le untuk orang ... binatang kita kata tumpo, orang kita kata meninggal dunia.

Saiful: Ooo ... ayam itik kau dah habis mati ke?

Ali: A’ah, kena wabak hawar ayam ... habis tumpo sekampung. Tunggu seminggu dua lagi baru nak bela balik. Tapi kau jangan risaulah ... pasti tak kecewa datang rumah aku ni!

Saiful: Dah kecewa pun tak dapat makan ayam kampung!

Ali: Gi tukar baju, kita pergi jala ikan dalam kolam aku kat belakang tu.

Saiful: Kau ada kolam ikan?

Ali: ada empat buah kat hujung tanah aku ni ... tempat yang masa kau datang tahun lepas masih paya tu, aku dah buat kolam bela tongsan, tilapia dan patin.

Saiful: Eh!! Kaulah kawan aku dunia akhirat, sentiasa tak mengecewakan kawan. Tak dapat ayam, dapat tongsan dan patin pun ok gak. Jom! Jom!

Ali: He he he ... teruk betul perangai orang bandar ni.


Glosari
Dialek Perak

Tumpo - mati, untuk makna kasar dan bukan untuk manusia.

p/s: dipetik drpd segmen berita harian [link]

Friday, September 24, 2010

Saat-saat akhir Rasulullah SAW.......

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, "kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" -"Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Sumber : www.taushiyah- online.com

Wednesday, September 22, 2010

Mewah Bahasa: Gesek dalam kelambu

DI sebuah pejabat selepas cuti Raya ....

Nik: Selamat Hari Raya! Rusdi: Selamat Hari Raya! Macam mana beraya di kampung? Best tak? Nik: Biasalah, balik Pantai Timur ... kau faham-faham ajelah trafiknya!

Rusdi: Hai! Bawa kereta baru pun mengeluh juga ke?

Nik: Apa tak mengeluhnya, penat tau ... memandu dekat dua belas jam baru sampai, jem teruk. Kalau kau nak tau, nilah pertama kali aku balik kampung memandu sendiri, selalunya naik bas je. Ingatkan seronok, enjoy ... rupa-rupanya seksa! Kalau aku tau ... lebih baik naik bas ekspress je ... boleh tidur.

Rusdi: Lain ... tak sama dengan naik bas. Kalau bawa kereta sendiri, di kampung senang nak berjalan, kalau naik bas ... patah kakilah!
Nik: Tak guna juga Rus, kat kampung pun jem teruk juga. Dah semua kereta yang ada di KL ni balik kampung, dibawanya sekali jem tu .... Nak gi kedai beli kicap pun payah, dahlah jem ... parking pun penuh. Dah jadi macam KL gak!

Rusdi: Tak palah ... janji meriah!

Nik: Meriah apanya?! Sibuk, kelam-kabut!

Rusdi: Kenapa pulak?

Nik: Kemalanganlah.

Rusdi: Kau kemalangan jalan raya ke? Tapi aku tengok kau ok je, kereta teruk ke?

Nik: Bukan kemalangan jalan rayalah!

Rusdi: Habis tu? Kemalangan apa pulak?

Nik: Raya pun jadi macam tak raya, sibuk dan kelam kabut!

Rusdi: Yalah, kenapa?

Nik: Malam raya tu, masa orang tengah sibuk takbir raya di masjid ... rumah saudara aku terbakar! Rumah tu pulak dekat dengan rumah orang tua aku. Tak kelam kabut di buatnya?!

Rusdi: Astagfirullah ... malam raya tu? Kesian ....

Nik: Habis hangus sebuah rumah dengan barang-barang sekali. Tinggal sehelai sepinggang anak beranak!

Rusdi: Ni mesti angkara main mercun ni. Orang Kelantan memang suka main mercun, mentang-mentang le senang dapat dari seberang.

Nik: Tak! Tak main mercu ... sebab tak main mercunlah yang terbakar rumah tu! Kalau main mercun mungkin tak terbakar rumah.

Rusdi: Kenapa pulak macam tu?

Nik: Anak-anak sedara aku tu memang tak main mercun, bapa mereka tu garang dan dia memang dari dulu tak benarkan langsung anak-anak main mercun. Bila dah tak boleh main mercu dan bunga api ... tapi tengok budak-budak keliling main, mereka pakat adik beradik main gesek!

Rusdi: Main gesek?

Nik: Haah ... main gesek! Dalam kelambu pulak tu. Kalau main kat luar takut bapa dia nampak. Mereka pakat masuk bilik, masuk kelambu ... main gesek.

Rusdi: Mereka gesek apa? Biola ke? Takkan gesek biola sampai berapi ...Vanessa May pun tak sampai macam tu!

Nik: Bukan gesek biola! Gesek rokoklah! Gesek apa pulak lagi.

Rusdi: Ooo ... mereka mencuri hisap rokok dalam kelambulah ni yek? Kecik-kecik lagi dah pandai hisap rokok ... budak-budak sekarang ni!

Nik: Tak lah! Tak hisap rokok, main gesek je ....

Rusdi: Eh! Aku mula tak faham apa yang kau cakap ni ... gesek apa yang boleh sampai terbakar ni?

Nik: Gesek yang biasa tu lah .. .yang orang pakai untuk hisap rokok, untuk hidupkan api tu ... gesek apa pulak lagi?!

Rusdi: Gesek apa untuk hidupkan api? Gesek kayu dengan kayu ke atau batu dengan batu? Peliklah! Macam zaman dulu pulak, macam zaman batu ... nak hidupkan api kena gesek kayu dengan kayu. Lambat tu nak hidupkan api ... aku pernah buat masa perkhemahan pengakap kat sekolah dulu, sampai sudah api tak hidup ... akhirnya pakai mancis jugak! Anak sedara kau tu main camping le gamaknya yek? Kelambu jadi khemah dan cuba hidupkan api dengan gesek kayu. Hebat tu sampai boleh menyala, tak macam aku dulu ... tak pernah jadi, berasap pun idak!

Nik: Isy! Merepek-merepeklah kau ni ... anak-anak sedara aku tu main ni hah! Ni ... gesek ni!

Rusdi: Tu mancis!

Nik: Ha laa ... mancis. Main dalam kelambu, kena sambar kelambu tu ... nasib baik sempat lagi keluar tapi rumah habislah, rumah kayu.

Rusdi: Cakaplah main mancis, tadi kau kata gesek!

Nik: Oooo ... aku lupalah orang sini tak panggil gesek. Duduk seminggu di kampung, terbiasa pulak guna bahasa orang sana ... he he he he ....

Glosari:
Gesek - ( i ) gosok, geser
( ii ) ( Kelantan) mancis api

p/s: petikan dr berita harian online link

Wednesday, September 15, 2010

Mewah Bahasa: Sedekah duit pecah

Photobucket

Mizu: Di bulan Syawal yang mulia penuh rahmat ni, kita elok banyak bersedekah.

Zamre: Betul tu, lebih-lebih lagi anak yatim ... yatim piatu.

Mizu: Tak semua anak yatim kita dapat pahala bila sedekah!
Zamre: Semualah! Ustaz ada cakap macam tu dulu ....

Mizu: Memanglah ustaz ada cakap macam tu ... tapi tak semua. Ada anak yatim yang kita sedekah tak dapat pahala, habis duit aje ....

Zamre: Anak yatim macam mana pulak tu?

Mizu: Alahai, contoh yang paling dekat ada depan mata.
Zamre: Siapa?

Mizu: Macam bos kita!

Zamre: Bos kita?

Mizu: Ha, la ... bos kita tu kan ke anak yatim. Yatim piatu pulak lagi!

Zamre: Ha!ha!ha! ... buat lawak sekupang la kau ni. Bos kita tu memanglah golongan yang tak layak terima sedekah! Dia yang sepatutnya sedekah pada kita!

Mizu: Tadi kau juga yang cakap anak yatim, kan?

Zamre: Ya lah! Anak yatim betulah tu ... tapi kanak-kanaklah, namanya pun anak yatim, bukannya orang tua! Kalau kategori anak yatim termasuk orang yang dah dewasa ...ramailah orang yang masuk dalam golongan ni! Orang yang dah dewasa ni tak bolehlah dimasukkan dalam golongan yatim piatu, mereka tu dah bercucu pun! Eh!! Kenapa kau tiba-tiba cerita pasal derma pada anak yatim ni? Kau nak minta derma ke?

Mizu: Idaklah gitu! Tadi tu ha ... aku nampak ada budak minta sedekah kat kau, kau buat tak tau je.

Zamre: Ooo ... budak tadi tu?! Bukan orang sini pun ....

Mizu: Kalau bukan orang sini pun, apalah salahnya kau hulur sekupang dua, tak luak pun duit kau tu ... entah-entah anak yatim, ha! ... Berganda pahala tau!

Zamre: Memanglah aku nak bagi pada mulanya, tu pasal aku berhenti tadi ... tapi seluk punya seluk, tak ada duit pecah!

Mizu: Teruk betullah kau ni, nak bersedekah pun berkira sangat! Bagilah yang elok, janganlah bagi yang dah tak elok sampai tak boleh nak guna. Bagilah dua tiga kupang.

Zamre: Tak ada! Kalau kau ada duit pecah, baklah aku pinjam dulu. Aku memang berniat nak sedekah tadi. Baklah duit pecah kau tu dulu ....

Mizu: Merepeklah kau ni! Aku pun tak ada simpan duit pecahlah, kalau ada dapat pun aku dah tukar kat Bank Negara dah! Kau ni betul-betul kejamlah!

Zamre: Kejam?

Mizu: Ha aa ... kejam! Kalau kau bagi dia duit pecah, harap ajelah dia bila duit tu tak laku ... takkan dia nak pergi bank tukar pulak, kalau gitu baik tak payah bagi!

Zamre: Apasal duit pecah tak laku pulak? Aku selalu pakai ... laku je!

Mizu: Kalau duit dah pecah-pecah dan koyak-koyak, kedai tak mau terima tau?!

Zamre: Kalau duit pecah-pecah dan koyak memanglah orang tak mau terima.

Mizu: Hah! Taupun ... habis tu kenapa kau nak bersedekah duit yang macam tu?

Zamre: Eh! Aku bukan nak sedekah duit yang koyak, pecah-pecah ... aku nak sedekah duit pecah!

Mizu: Duit pecah?

Zamre: Ha laa ... duit kecil, aku ada not lima puluh aje ni, itupun tinggal sekeping aje, nilah nak simpan sampai gaji, kau faham-faham ajelah lepas raya ni ... kalau ada duit pecah, aku bagilah kat budak tu tadi. Seluk punya seluk .... sekupang pun tak ada.

Mizu: Duit pecah ni duit kecil la ya?!

Zamre: Ha la ... kau ingat apa?

Mizu: He He He .... Aku ingat duit yang dah pecah-pecah tu ....


Glosari

Duit pecah - duit kecil, duit syiling
Bak - beri, kasi




p/s: dipetik drpd ruangan sastera di Berita Harian, Bersama Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM)

Ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia 16September. Mari sama2 menghargai keharmonian yg telah dikecapi bersama....

Tuesday, September 7, 2010

Kelebihan Seorang Wanita

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaatsolat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepadaanaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaanletih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesakerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yangmelihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dankemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awaldaripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanitaitu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggangkuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjagaanak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerahsusu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itudengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapulantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannyauntuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yangbersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan padasatu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalammasa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanitamelayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanitamenyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberisusu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahunsolat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasukisyurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitumemakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

p/s: dipetik drpd laman [iluvislam.com] - link
sy tujukan kpd insan tersayang, adek2 prempuan tersayang, sepupu sepapat sedara mara prempuan, rakan2 terutamanya Pn Norhayati Sahdullah yg telah slmt melahirkan baby girl sulung nya....

Yatie, smoga bhgia disamping suami, anak dan famili mu!! (^_^)v

Monday, September 6, 2010

BaHaYa!!!!!!!!

TV sekarang ni sibuk dengan persiapan raya dan Bazar Ramadan. Kurang beri perhatian pendidikan mengenai bahaya mercun bola. Bahkan ramai ibu tidak tahu apa itu mercun bola dan kenapa ianya bahaya. Para ibu terutamanya perlu tahu bentuk mercun bola dan beri penerangan kepada anak-anak kenapa mercun bola ini bahaya, boleh menyebabkan jari putus, mata buta, telinga pekak dan paling teruk membawa maut.

TV janganlah sibuk dengan makan je bulan puasa ni, sampai Buletin Utama, berita TV1 pun cerita pasal makan siang malam.

Cubalah buat segmen mengenai bahaya mercun.

OK, untuk kaum ibu, mari belajar mengenai mercun bola dan ajar anak-anak bahaya mercun bola, kerana kaum bapa ini selalunya tak boleh harap, dia yang beria-ia beli dan main mercun.

Baik, mercun bola ini bentuk bulat macam bola bersaiz duit siling 20 sen atau 50 sen.

Ada sumbu sepanjang 1 inci. Mercun bola ini berwarna-warni dan diperbuat daripada plastik. Nampak menarik macam permainan.

MERCUN BOLA INI PALING BAHAYA DARIPADA MERCUN BIASA YANG DIBALUT KERTAS. PLASTIK INI BERTINDAK SEBAGAI PELURU HIDUP ATAU MENJADI SERPIHAN (SHARPNEL) YANG BOLEH MENEMBUS MATA, KULIT DAN DAGING APABILA MELETUP.

LAGI SATU BAHAYA IALAH SUMBU :
1. SUMBU INI BOLEH TERBAKAR DALAM TAK NAMPAK LUAR
2. BIASANYA SUMBU TERBAKAR PERLAHAN, TAPI ADA YANG TIBA-TIBA TERUS TERBAKAR PANTAS DAN MELETUP.

MERCUN BOLA IALAH ADIK KEPADA BOM TANGAN !!!!

BUKAN SETAKAT JANGAN MAIN, JANGAN BERADA DEKAT DENGAN MEREKA YANG MAIN MERCUN BOLA !!!

Dalam segmen TV tadi buat sedikit demo mercun bola ni, letak pada buah tembikai tengok macamana tembikai tadi pecah. Atau pada daging ayam, tengok serpihan plastik mercun bola tadi masuk dalam daging.

PENDIDIKAN ADALAH PENTING DALAM PENCEGAHAN !!!

TAK NAK KELUAR FATWA KE , APA HUKUM MAIN , MENGEDAR , MENJUAL , MEMBUAT MERCUN BOLA NI ?

p/s: ini adalah petikan dr emel encik rozmal (Rozmal@yahoo.com)
btoi jgk hujah dia...nie bulan posa p tunjuk bab2 mkn lebih byk... bkn ke lg menduga kelaparan...he3.... siap tunjuk smbutan ramadhan di luar negara, tp sambutan ade tarian lah, mknn melambak lambak, dh ade unsur2 pembaziran, bazir masa n bahan makanan...

i mmg tergolong dlm golongan yg suka main mercun, tp cari lah yg kurang bhy sket... ibarat mandi laut... kite suka mandi laut tp jgn laa smpai mandi kt kwsn dlm dan bahaya, lemas nnti plk... (^^)v

Tuesday, August 31, 2010

~♥~MeRdEkA!! MeRdEkA!! MeRdEkA!!~♥~

Hubbul Wathon minal Iman
Islam turut menggalakkan kecintaan pada negara, tanah tumpah darah kita... apakah sbnrnya definisi, kefahaman, penghayatan merdeka bg diri ini dan anda semua??

skadar sorakan?? sekadar meraikan pesta bunga api?? skadar melolong 'merdeka' tepat jam 12 mlm??
skadar mengibarkan bendera di kereta, lori, bas, motor mahupon basikal?? sekadar mcipta Jalur Gemilang dr hampas kelapa??

Negara telah merdeka, tapi jiwa dan raga kita?? kes bunuh menjadi jadi... rasuah bermaharajalela... kes rogol tiada penghujungnya... konflik agama dan perkauman yg dieksploitasi...

kita harus sedar akan tanggung jawab kita bg mengisi kemerdekaan ini...i kongsikan artikel menarik ini buat kalian semua....klik

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-53!



p/s: thanx to alongxx for this video....\(^_^')/

Friday, August 27, 2010

GeLoRa Di HaTi RaMaDhAn

bulan ramadhan penuh dugaan...diduga diuji kanan dan kiri...
mana mungkin di jangka dugaan menerpa... tabahkan hati kuatkan nurani...

ada org stress sbb keje, tensyen sbb anak bini, merajuk dgn suami isteri, perut lapar tiada membantu diri...marilah kita berdoa kpd Yang Maha Esa, smg dipermudahkan segala...
Photobucket

kredit to solihin md saad, i jmpa kt wall photo fb die...sila klik

anda stress, gelak sebentar dgn kartun....

Photobucket

Wednesday, August 25, 2010

Dok Rok

!!!!!! menjelang hari kemerdekaan Malaysia ini, diri ini rasa terpanggil. Secara tiba-tiba bangkit semangat patriotisme dalam diri. Aku memilih jalan bahasa yang kita lalui saban hari dalam pertuturan, pembacaan, pergaulan, penulisan dan percintaan (tiba-tiba).

!!!!!!Terima kasih kepada Berita Harian dan insan-insan yang memberi sumbangan secara langsung atau pun tidak langsung.

KAMAL dan Ali adalah rakan sebilik di asrama di sebuah IPTA. Mereka pelajar tahun pertama yang baru beberapa minggu mendaftar. Kedua-dua mereka berasal dari negeri yang berlainan. Pada satu petang...

Kamal: Penat betullah!

Ali: Penat?

Kamal: Ha laa ... penat, sibuk sangat dengan aktiviti.

Ali: Tu lah, aku ingat belajar kat universiti ni rileks je, rupa-rupanya banyak sangat aktiviti kokurikulumnya, mana nak studi lagi, tugasan lagi, rasa tak cukup dua puluh empat jam sehari. Sepatutnya sehari ada tiga puluh jam!

Kamal: Ha! Ha! Ha! Merepeklah mu ni ....

Ali: Yalah! Kalau dah sibuk sangat macam sekarang ni, tak cukup masa nak buat semua kerja.
Kamal: Hari Sabtu macam ni aku ingat boleh nak bermalas-malasan dalam bilik, rupanya kena pergi latihan juga kat pusat kebudayaan.

Ali: Latihan apa?

Kamal: Latihan nyanyi lagu asli .... ada show dua minggu lagi!

Ali: Rajin betul kau beraktiviti seni ni , ya?!

Kamal: Dah jiwa aku macam tu ....

Ali: Selalunya orang Kelantan tak minat sangat lagu asli ni ... dikir barat aje.

Kamal: Aku lain, dikir barat tu memang minat ... aku masuk juga tapi, nak cuba lagu asli pulak. Masa audition dulu tu dapat pulak, ni yang tengah latihan sungguh-sungguh ni ....

Ali: Eh! Malam ni kau pergi tak?

Kamal: Ke mana pulak?

Ali: Ala ... program persatuan Mahasiswa Islam tu!

Kamal: Ooo ... forum perdana tu ya?!

Ali: Ha! La ....

Kamal: Tengoklah dulu ....

Ali: Tengok apa pulak?

Kamal: Yalah, tengoklah keadaan dulu ... kalau rok, aku pergilah!

Ali: Tak sangka orang peminat seni tradisi macam kau ni minat lagu rock juga.

Kamal: Tak minatlah! Aku minat lagi pop dengan sentimental je ... dan lagu asli. Ha, lagu asli ni memang yang paling aku minatlah, tu sebab aku masuk kelab kebudayaan tu ....

Ali: Kalau tak minat, takkan masa forum perdana pun kau nak tengok konsert rock?

Kamal: Bila pulak aku nak tengok konsert rock? Seumur hidup aku, tak pernah aku pergi konsert rock, tau?!

Ali: Hai! Tadi kan ke kau sendiri yang cakap, kau akan pergi tengok forum perdana tu kalau ada lagu rock! Itu kira nak tengok konsert rock le tu!

Kamal: Mu ni merapulah Li, mana ada aku cakap macam tu. Aku cakap tadi tu, kalau rok, aku gi ... kalau dok rok, macam mana nak gi ....

Ali: Memanglah tak rock!

Kamal: Eh! Mana mu tau aku rok ke idak?

Ali: Apalah kau ni? Memanglah tak ada rock, kalau nasyid tu mungkinlah ada kut, tapi itupun aku tak jamin ada!

Kamal: Nasyid?

Ali: Ha la ... dah namanya pun forum perdana, takkan ada nyanyi rock pulak.

Kamal: Laa .... mu ni tak faham-fahamlah! Kan aku dah kata, bukan lagu rock tapi badan ....

Ali: Badan?

Kamal: Ha, la ... kalau badan rok gi, kalau badan dok rok ... aku tak pergilah!

Ali: Nak berpakaian ala rock pulak ke? Tak boleh! Tak sesuai langsung, kau kena pakai baju Melayu!

Kamal: Pakai rock apa pulak ni? Aku cakap rok, bukan rock! Kalau rok aku pergi!

Ali: Rok???

GLOSARI: Dialek Kelantan
Rok - berdaya, larat, lalu.
Dok rok - tidak berdaya, tidak larat, tidak lalu

p/s: artikel ini secara tidak langsung mengingatkan aku kepada kenangan silam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dan juga Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya.

Monday, August 23, 2010

~SeTiTiS DaRi LaUtAn 2~

Sulaiman ibn `Amr Radiyallahu anhu reported
that the Prophet, sallallaahu alayhi wa sallam, said:



“If one of you is fasting,
he should break his fast with dates.
If dates are not available,
then with water, for water is purifying.”




[Ahmad and At-Tirmithi]

Photobucket
p/s: apa slh nye berbuka dgn buah tamar. alahai, setahun sebulan nie jer, amek berkat, amek khasiat, amek rahmat..... bkn nyer x best pn, best laa mkn tamar nie :)

Saturday, August 21, 2010

~SeTiTiS DaRi LaUtAn~

Anas, may Allah be pleased with him, reported:
Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Take suhur (night tiffin), for in suhur there is a blessing.

Sahih Muslim

"Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur."
- Hadis riwayat al-Tirmizi

"Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur."
- Hadis riwayat Ahmad.

"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan."
- Hadis riwayat al-Bukhari

Tuesday, August 17, 2010

SeAnDaiNyA......

kali ini, i nk share nukilan seorang teman, die hntr melalui emel kpd i...hrp2 bleh jd renungan kite semua yeh... (^_^)

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
Saya pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan & dosa-dosa yang lalu. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi 'ibadah puasa YANG TERBAIK & YANG PALING IKHLAS yang pernah kita lakukan. Semoga 'ibadah puasa kita pada tahun ini juga akan diberkati & diterima oleh ALLAH s.w.t.. InsyaAllah.


Salam Ramadan,
ZAIDI MOHD. SHARIFF

Wednesday, August 11, 2010

♥AhLan WaSaHLaN Ya RaMaDhAn!!!!♥

Photobucket
Selamat menyambut bulan bersungguh sungguh beramal ibadah… mari tingkatkn diri agar mdapt keredhaan Allah!!!

Photobucket
Jgn byk tdoq naa.. kot ye pon nk qiamullail, bajet2 sket.. he3

Photobucket
Time buka puasa, mkn berpada pada, elakkan pmbaziran. Sesungguh nya org yg mbazir tue kroni/skandal/teammate/bau2 bacang/bff/bf/gf syaitan…..

Photobucket
Kurang2 kn mbaca mjlh2 gosip yg tak berfaedah dan berunsur negative. Carilah bhn bacaan, mjlh2 ilmiah, majalah 3 pn ok jgk… elok nye rajin baca Al-Quran laa….

Photobucket
Elakkan dr mengamalkn “smbil menyelam minum air” dgn alasan x sengaja. He3… siang2 x pyh laa rajin swimming. Makruh jd nye nnti..

Photobucket
Amal kn petua 2S. Slim n saving. Kurangkn senaman jln kaki smbil shopping. Sbaliknya, bersenam di masjid, terawikh 20 rakaat instead of 8 je. Duit pn jimat.. he3….



terimalah lagu tema i sepanjang bulan ini!!! selamat beribadah!!!!

Tuesday, August 10, 2010

~~DeKo BsAmA iLhAm 2~~….

Ok2, smbung lg entry sblm nie pasal, brng2 antik yg telah ku temui. Next!!!!

Photobucket
Kaset. Hm, masa dulu klo baca paper jer die ade bg tau jadual artis. So bila siti nurhaliza nk d intebiu jer, cepat I standby nk rakam sesi tue. Masa dulu pon xde duit laa nk beli album. So bila ade lagu bru ct jer, mest rakam then dgr ulang2, begitulah seterusnya smpai abg jamil mam….. ops, terover… (^,^)v

Photobucket
Tali leher?? Huih, nie dh 12thun nyer nie. Paling2 masa jd ketua pengawas darjah 6 tue..

Photobucket
Straw2 nie, I kumpul sama2 dgn adek i. dulu kn ade kempen kitar semula. Then ade cara2 kraftgn mgunakn straw.. so kami kumpul warna warni bleh buat cntik2… he2, seni beb…

Photobucket
Ade lg ke bdk2 yg minat kumpul setem nie, huh? Misteri….

Monday, August 9, 2010

~~DeKo BsAmA iLhAm~~….

Huh, ini edisi kemas umah. Byk brg kot bwk balik dr 4thun stok kt kampus, so request almari baru beb. Cayalah ibu, thanx bebeh 4 the sponsor. So bila dh kemas almari antik tue, mcm2 ada, he3.. rasa2 ade dekat 15 thun jgk usia brg2 nie ^^

Photobucket

Hok aloh, masa study dulu duk bilik atau umah nie???

Photobucket

Almari antik kuuuuu…slmt jln sayang!!!

Photobucket

Tabung zmn dulu. Zmn skrng?? Ade ke bdk2 skrng nie menabung, I pn x tau nk komen. Duit, duit, d mana ko duit!!!

Photobucket

Sharpener yg multi task. Boleh tjmkn pensel. Bleh buat acuan bulatan. He3, asal nk lukis bulat je ok la pakai. Zaman sekarang sharpener bleh acu mcm2, spongebob, shin chan, doraemon. He3…
Yg hitam tu, radio kecik I masa kt SBP. Hehe, senang nk sorok bila warden spot check. Itu la phubung I dgn dato’ ct. dgr segmen bola pn pakai radio tue. Dulu dgr pilihan bsama kt radio muzik(skrng nie muzik fm 95.3) dan live ulasan bola sepak bila sgor ade match(Selangor fm 100.9). he3…

Rasa nk smbung next time :p

♪♫❤~ Anuar Zain - Ketulusan Hati ~❤♪♫

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu



p/s: hati...ciptaan Allah yg paling hebat...subhanallah........

Sunday, August 8, 2010

KiSaH SeEkOr FrOg (^_^)

Telur katak
Photobucket

Berudu – 4weeks
Photobucket

Berudu berkaki
Photobucket

Berudu bertangan
Photobucket

Katak Juvana
Photobucket

p/s: ini kisah benar nie... ini btol2 tau, bkn cobaan... sumber diperoleh dr Aquaria KLCC maa...hehe3...lalalala~~~

♪♫•❤~ Semoga Abadi ~❤♪♫•

Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak ku sedari
Sekian lama ku nanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya ku jalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Ku persembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan ku bawa sampai akhir nanti

Friday, August 6, 2010

~♥~CinTa & PeNgOrBaNaN~♥~

Akhirnya tamat sudah Laila Asyikin dlm slot Samarinda tv3 mlm td. Yg x minat drama melayu x pyh bc entri nie, korang bosan nnti. I ngaku la, mula2 mmg x de high expectation laa, tp cite nie biasa2 je. Tp citer nie best n x busuk. At least episode akhir die tu mmg best. So nie I listkn dialog terbaik(semuanya dlm 2 episod terakhir, mlm nie n smlm)

Ya Allah, dahulu Kau temukan cintaku pd nya. Setelah itu kau lenyapkan cinta kami. Mengapa kini Kau temukan semula cintaku sedangkan Kau tahu amat berat utk aku menanggung dugaan Mu ini. Ya Allah, bahagiakan lah Laila Asyikin dan keluarganya walaupun dengan kebahagiaan aku yg ditukar ganti.
‘Doa Ikmal’

 sape x prnh berdoa utk org yg tersayang. At least korang mest prnh bc doa utk kedua ibu bapa kn. Dan berdoa utk org yg kita cinta, abadikan doa kita di atas sekeping kad hari lahir bersama lukisan beruang sedangkn diri korang mmg x pndai melukis, ikhlas atau tidak hanya Allah yg tahu.

I nk bgtau u sesuatu. I, Mikhail bersumpah mencintai u laila asyikin sehingga ke akhir hayat i
‘Mikhail’

 amboi2, sumpah2 plk die. Scene nie mmg sweet, tp layaknya utk pasangan suami isteri tau. Korang klo blm kawin xde ikatan jgn berani nk janji2 sumpah setia. Bg I, klo kite yakin nk jnji2 nie, buat laa, we r what we choose to be. Cuma ingat kita juga ditakluk kekuasaan Allah.

Ya, sy cintakan dia. Tapi bg sy, utk menyayangi seseorang tidak perlu memiliki. Itu adalah pengorbanan sy.
‘Ikmal’

 stuju bebenor teman dgn dialog nie. I prnh rasa, the feeling is so sweet. Mmg zahirnya sayang bkn bererti memiliki. Tp klo memiliki pn x reti nk syng, tue bangang namanya (ooops!!). kite akan sakit klo org yg kite syg derita sndiri tp kite tiada daya mbantu nya.

Pengorbanan ini adalah satu nikmat drpd Allah. Bkn smua insan dpt merasai saat2 mcm nie
‘Ikmal’

scene terakhir dlm Laila Asyikin. Bermakna citer ini adalah SAD ENDING. Walaupon cite nie rekaan semata tp pcayalah, watak ikmal paling bhgia sbb die rasa nikmat nya. Perasaan ibu yg sdng bersalin, even tanya laa org2 yg bercinta (klo btol2 syg laa), apa saje korang snggup buat, letih lelah korang akn lenyap tak terasa semata mata krn si dia atau sesiapa sj yg kite syg. he3…

Wednesday, August 4, 2010

{Gelora - P. Ramlee & Saloma}

S:
Jiwa rasa gelora
Kasih pada teruna
Bukan kerna intan permata
Kerna budi bahasa

R:
Kasih bukan paksaan
Sayang bukan mainan
Jiwa dan raga jadi taruhan
Ooooo pujaan

S:
Rinduku padamu
Kekanda idamanku
R:
Kekasih dikaulah
Oh! adinda puspitaku

R:
Murni sungguh impian
Indah nian harapan
S:
Jika tercipta taman kencana
Ooooo bahagia

S:
Rinduku padamu
Kekanda idamanku
R:
Kekasih dikaulah
Oh! adinda puspitaku

R:
Murni sungguh impian
Indah nian harapan
S:
Jika tercipta taman kencana
Ooooo bahagia
Ooooo kekanda
R:
Ooooo adinda



p/s: sweet song, full stop. saloma mmg sweet daa...he3... love this song really much...ha3....

Sunday, August 1, 2010

~❤ AkU, SukA RiA dAn AqUaRiA ♪♫•

Photobucket

Pd suatu hari yg cerah, tika langit cukup indah, satu jemputan khas utk ku menjengah. Aku tlah dibawa ke sbuah alam di dasar laut. Melihat keindahan hidupan alam laut. Terkesima sjenak di setiap bhgian, mengenali berbagai jenis hidupan, indah nian ciptaan tuhan.

Photobucket
tapak sulaiman?? tapak manusia??

Photobucket
seribu thn tgn nie tak kan luka lps genggam gamat

Berbagai hidupan laut ku kenali dr ikan, belangkas, gamat dan sedikit hidupan darat tidak terkecuali. Sungguh berbeza tapak ku dan tapak sulaiman, walau tiada ku tahu tapak kaki atau tangan. Juga ku tahu obor2 yg bersaudara dgn sang bulan(pd nama shj :p), begitu juga dgn ikan yg kurang sopan.

Photobucket
xde sivik punya ikan!!! cet!!!

Photobucket
ewah2, ewah bule, ewah bule teghaju tige!!!

Utk lebih byk gmbr buat tatapan, sila ke page fb ku sudi sudikan \(^_^)/
http://www.facebook.com/album.php?aid=2052201&id=1243512708

•.¸¸❤~Selamat Malam - Faizal Tahir~❤♪♫•

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku



p/s: huh, 4pg dh nie?? x sesuai i post ni, patutnya slmt pg.. ah lantak, yg penting utk dodoi org tdoq.. he3.. kucing i dgr lagu nie pon bleh tdor... so sape2 x bleh tdor, sila lah dodoikn diri anda dgn lagu nie... kpd sayang ku, slmt mlm, tdorlah syngku \(^_^)/

Saturday, July 31, 2010

~♥~Setia Ke Akhir Hayat~♥~

oleh: Ziana Zain
Sepi sampaikanlah salamku
Setia cintaku kepadamu
Semoga ke akhir hayat
Kami disatukan... oh... oh...

Kasih
Cintamu bak dian di tiup angin
Kerdip mencari sinaran yang
Menyakinkan di hati...
Selagi ada terpedaya
Tak mungkin kita bahagia
Ambil yang jernih buanglah
segala keruhnya...

Rimbunmu yang penuh
Onak duri ku doakan menjadi
Haruman di taman inderaloka
Berwarna-warni untuk kita nikmati

Ku semikan kasih sayang
Untuk kau pelihara
Sebaiknya diwaktu suka
Disaat duka
Kala bersamaku

Engkau ditakdirkan jadi milikku
Aku bahagia jadi milikmu
Semoga hingga ke akhir hayat...
Kita disatukan...

Engkau ditakdirkan jadi milikku
Aku bahagia jadi milikmu
Semoga hingga ke akhir hayat...
Kita disatukan...

Kenapa Allah Temukan Kita Dgn Org Yg Salah?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

p/s: hm, i jumpa artikel nie kt notes fb member i nie:
http://www.facebook.com/kapten22
i nk tujukn lagu 'bila cinta di dusta' kpd anda, anda dan anda yg putus cinta...ha, kt ofis i diorg sbuk bluetooth lagu nie kt hp memasing, kak lily, en.badar, abg hafiz, kak farah, kak izwa, thanks utk suasana ofis yg mberangsangkn. he3.....

Friday, July 30, 2010

•.¸¸❤Celine Dion - Because You Love Me❤♪♫•

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me



p/s:
because i love this song
because love is so sweet
because ct nurhaliza adores celine dion
because ct n cd a bit similar
because i love u honey \(^_^)/

~~DmAm LaGi???~~

yes, yes…kite masih dlm topic dmam… I rasa rindu plk suasana bila world cup dulu… ye laa, masa tue cuti [menganggur sbnrnye]… but now that I have starting my career (cheewahh..he3.), mula laa ingt zaman dolu2. Teringat la bhw bkn kaum Ilham je (kaum laki laa) yg minat bola, kaum ppuan, bdk kecik pn dmam b0la jgk…misalnya:

shifa’ – 11thn (maybe, x ingt umur dia)
sepupu I nie meluahkn perasaan die kt I masa I tanya (dgn pnuh curious nya) sama ada die tgk bola x. “kwn shifa’ x pcaya jgk bila shifa’ ckp shifa’ tgk bola. Tp mmg shifa’ tgk. Aritu shifa’ tgk Portugal main dgn bang long (peminat ronaldo), rasa ngantuk tp shifa’ bkorban nk tgk bola, tp penat tunggu, smpai abes xde gol, 0-0 je, geramnya rasa”…

Husna – 7thn (adek shifa’)
I tanya die nape sokong argentina, “alaa, husna tgk bola sbb suka messi, alaa, german tue bajet jer terer. Abg am nape x call masa argntina kalah dgn german.. kate nk call, husna tgk bola smbil tgk cerekarama tau, penat husna tnggu… penat tukar2 tv (channel), tgk drama, tgk bola.”

Maklang – bertahun-tahun (ibu husna n shifa’)
Sblm keje I tlng jaga umah die, tgk2 kn husna tue pegi n balik skolah. Satu hari tue tiba die tanya, “sape menang am, german ke spain. Maklang nk tau jer laa…. Cikgu2 kt bilik guru tue borak, kena laa tau…he3.”

Ha, mcm2 sbb org nk tau psl bola, x nk ketinggalan laa, sbb minat laa, sbb dh xde keje berpekdah nk but lagi laa, sbb nk isi masa lapang laa, sbb nk isi kedai mamak laa… ckup lah di situ jelas dan terang tanda2 demam bola. (++’)

~♥~Sampai Syurga - Faizal Tahir~♥~

Ku membenarkan jiwaku untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah ku merasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah
Ku ingin terus menunggu

(korus)
Oh...
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu hanya kamu

Ku membiarkan hatiku untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Uh...
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu



p/s: apa lg, nie semua pengaruh laila asyikin laa tym samarinda kt tv3 tue..he3...but i have to admit, i love the lyric so much, it potray my heart, my desire...

Friday, July 23, 2010

~~DeRiTa DmAm [cont]~~….

Ha, msih psal dmam bola. Klo dmam tu, slaluny itu x leh ini x leh. Bila dh abes world cup ni bru sdar, dh lama x tgk cerekarama tiap sbtu. Kekadng nk tgk Gelora d hati Sara pn trgnggu. Cian plk ibu I sbb die x leh tgk tv.he3. sori ibu…

Then, x sedar jgk tennis grand slam wimbledon tgh bjln, tau2 dh tamat. X tgk pn match bila Justine henin klh. Hu3. F1 pn I miss qualifying. Nsb baik sdar, so dpt tgk race day live.

But utk dmam bola kali akn jd kenangan paling best. Berakhirny world cup pd 12julai 2010, berakhir jgk la pnntian I slma 273 hari. Maka brmula la fasa bru dlm hdup I ni. Alhmdulillah. I p ke kdah tgk bola. He3. naik bas pegi n blik antra alor setar – kL. Bru prasan yg dh 9thn i x travel jauh naik bas. Bas yg ada tyngn video, 2 tngkt. Tq jgk kpd mak teman I yg blnja tiket balik.he3.

Kat alor star jmpa homestay best, murah, tgk bola pg2 dgn best fren. Slamba je kami teriak. Homestay dh mcm kami punya sbb ahad dh keje kt kdah, kami je customer depa time tu kot.. he3… thanx la pd teman2 I cz sudi smbut ‘plawat’ mcm I ni ke kdah. Maka berakhir lah world cup. Jmpa lg 4 thn naa.

•.¸¸❤~ Nama Mu Terukir Di Hati Ku ~❤♪♫•

Oh namamu terukir di hatiku
Subur mekar di kalbu setiap waktu
Senyuman mu meresap ke jiwaku
Menjalin kasih mesra penawar duka

Bila daku ditinggal kesepian
Ku seru namamu kasih dalam impian
Ku terasa kini kau datang menjelma
Membawa daku bersama ke alam indah

Pujaan ku wajahmu nan beseri
Berikanlah sinaran cahya hidupku
Oh namamu terukir di hatiku
Kekal dalam kenangan sanjungan jiwa

Bila daku ditinggal kesepian
Ku seru namamu kasih dalam impian
Ku terasa kini kau datang menjelma
Membawa daku bersama ke alam indah

Pujaan ku wajahmu nan beseri
Berikanlah sinaran cahya hidupku
Oh namamu terukir di hatiku
Kekal dalam kenangan sanjungan jiwa

Sanjungan jiwa
Sanjungan jiwa
Sanjungan jiwa



p/s: nama mu terukir di hatiku sayang!!!! sape nk jd sayang i, mari cepat, mari, mari, mari!!!!

Thursday, July 22, 2010

DeRiTa DmAm~~~~….

Dmam 1
Dmam rindu… mcm2 yg drindui ni.. hu3.. tiba teringt kt tmpt2 ttntu dlm uia, tp sblm ni nk p xde org sbb cuti, skrng I plk bz…
rindu slurpee,he3 dh lama x minum, bila nk x jmpa 7-E tp bila x bleh snggh, byk plk yg klihatan…
rindu nasi goreng ayam, stimbot, banana split, mkn suap[oit bkn rasuah ok, ibu suap :p] eh, of course la x best mkn sorang, at least bdua, he3. jom2, ade sape2 nk tmankn I jom.

Dmam 2
Dmam keje… cari keje kt mana2 cmpany yg mmerlukn.. I kira dh trlajak ni, mmbr i rmai dh keje kot.. I nie sj lmbt2 cz nk abes tgk world cup dlu.. he3…
So, skrng ni tgh keje, tp ada ktidak pastian sket… xpela yg pnting ada keje dr x buat pape… ofis dh best, kerusi pn empuk… tp keje kna btul2…I teringat dialog rita rudaini sbg nur erna dlm citer nktah erna slot samarinda tv3 sblm ni, masa tue scene die bru keje dgn company atok die:

[mmg la best ofis I ni, krusi pn empuk….tp empuk di krusi shj, berat d bahu nie..]

ofismate2 I smua ramah2 la… he3… nie buat I rasa syng nie..
Depa kate elok keje la, wlopn ade yg x psti asalkn duit masyuk…

Ha,bila dh msuk bab duit, mula la bab kembarny iaitu bab kawen… depa dok encourage aku kumpul duit…hm, tp btol jgk kn…. Dh ade duit bleh kawen cepat2… x pyh buat org trtunggu kn kite…he3…

Dmam 3
Apa lg, dmam bola la… world cup fever… he3…kol 8, kol 10mlm, kol 2pg… tgk la puas2, dr se boring2 match smpai ke match yg kntroversi nye… mcm2 ada…
Mtch german vs England n german vs argentina mmg best, puas hati tgk team yg kononnye superstar klh, kena blasah lg tu, ha4. Brazil pn sama, Klh dgn Holland, ho3.

Then, there was the cntrovrsional ref’s decision masa lampard score tp x kira… ha3 gile enjoy aku dh agak. German main mmg best, dpt pujian, tp manusia, bila kene puji sket, mulala merapu jdnya… I fkir match lwn spain nnt balance la tp spain je yg perform, ntah pape la german main x mjadi.. ha3…

Then ade match Paraguay vs spain. Ini pn syok tgk coz its like skill vs determination. Then ade plk babak mcemaskn.. penlti cardozo saved, x smpai 2min spain plk penalty tp x sah, skali lg Alonso angkat saved plk… ha3, dag dig dug d dlm dada…

To be continued

Thursday, July 8, 2010

[Epilog Cinta Dari Bromley] Suhaimi Mior Hassan

Epilog Cinta Dari Bromley

Kau tersenyum manja
Menyatakan hasrat kepadaku
Kau kata kau cinta
Cinta pertama kepadaku

Ku hampir tergoda
Bergelora dalam kalbu
Kau bukan untukku
Kau dan aku tak mungkin berpadu

Nun di sana
Beri beribu batu
Kau kutinggalkan bersama hatimu

Nun di sana
Kau meratap pilu
Satu masa nanti
Kau akan mengerti
Apa maksudku

Kini kau menanti
Harapanmu abadi terhadapku
Kau coretkan lagi
Rahsia hatimu kepadaku

Ku doakan dikau
Bertemu seorang teman sejati
Yang satu aliran
Satu kepercayaan
Aduhai Kathy



p/s: hm, nape yek i suka lagu nie... tgh2 sayu dgr lagu nie.. utk org yg berjauhan merindu lg laa feeling kot lagu nie... tp melodi dan lagu die mengimbau nostalgia laa, sbb i mula2 dgr lagu nie masa umur 10thn kot.. lebih kurang laa...

tp x slh tafsiran i kekasih dlm lagu ini berbeza agama lor..

for me, i tgh geram sbb org hasad dengki sesama manusia nie...grrrrrrr!!!!!!!

Thursday, July 1, 2010

Jika binatang punya FB sendri...

Kalaulah binatang pon ada fb, agak-agak begini lah kowt komen-komen binatang tersebut kat STATUS yang mcm korang selalu post tu.......

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes : Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam : Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina : "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk : Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing : Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus : Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

Ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing : Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya orang.

Kuda : Patah kaki, Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-Kura : Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput Babi : Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak : Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua : Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi Hutan : Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera : semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah.

Tikus : Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat : Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong : Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

Kucing : Update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun...

Lipas : Merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

Itik Serati : Hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan Laga : Boring sey, duduk sorang2 dalam tangki ni.

Ikan Parang : Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung : Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat : Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis : Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana : Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki : Macam mana nak kurus nie?

Udang : Nasib baik aku xde tulang, xde la sakit badan..

Sotong : Trauma la aku bile dengaar perkataan 'salut tepung'..

p/s: dipetik dr tmpt lain...nie bkn idea i tau....he3...thanks kpd yg punya idea...

http://kyosingcat.blogspot.com/2010/06/jika-binatang-ada-facebook-ape-jadi.html

**Quote from Asyraf Bahruddin notes on FB

Tuesday, June 29, 2010

~♥~KaSiH SaYaNg Yg IkHLaS TanPa AdA PhuJunGnYa~♥~

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA”
(18 JUN 2010 / 5 REJAB 1431H)

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA”.

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar pengorbanannya. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak.

Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari.

Kasih ibu bapa kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang -malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungannya yang dijaga penuh selama sembilan bulan.

Mimbar menyeru ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang dan pengorbanannya melebihi segalanya.

Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Mimbar mengingatkan, bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka?.Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu.

Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14:

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”

Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :

Maksudnya: “Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.”(Riwayat al- Bukhari)

Al-Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan mengendung ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah dengan ini saya telah melaksanakan kewajipan saya kepadanya? Rasulullah SAW menjawab “Tidak, tidak sebanding dengan satu kali hembusan nafas ketika ibumu melahirkanmu.”
Betapa besarnya pengorbanan ibu-bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan yang perlu direnung setiap anak, apakah mereka sudah menunaikan kewajipan terhadap ibunya.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata bahawa beliau pernah bertanya Rasulullah SAW tentang amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah”.

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat Islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar walau hanya menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah bin Amru bin al-'As RA bertanya Rasulullah SAW tentang dosa besar. Sabda baginda: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.

Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian, bahawa menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup sahaja tetapi sebenarnya berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Menurut Abu Darda’, Allah SWT telah menempatkan roh orang mukmin di sebuah perkampungan di langit ketujuh yang diberi nama Darul Baida’. Dari sana roh orang mukmin sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat amalan atau kegiatan manusia yang masih hidup di dunia khususnya anak-anak atau kaum kerabat mereka.

Roh sentiasa bertanya khabar kepada jenazah yang baru tiba di alam arwah terutama tentang kehidupan keluarga mereka di dunia. Setiap hari amalan umat Muhammad diangkat ke langit dan segala amalan tersebut dipertonton kepada roh ibu bapa kita. Oleh itu gembirakanlah roh ibu bapa kita dengan amalan soleh semasa kita masih hidup di duna ini. Roh–roh ibu-bapa akan sakit, tersiksa dan menderita jika melihat amalan anak-anak mereka terlibat melakukan dosa besar seperti berzina, berjudi, minum arak, rasuah, memfitnah orang, bersubahat melakukan kezaliman, penganiayaan dan perbuataan maksiat lain.

Perbuatan anak di dunia menjadi ukuran dan bukti adakah kita yang masih hidup ini sebenar-benar menyayangi ibu-bapa kita. Apalah gunanya anak-anak mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat setiap minggu, setiap tahun sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan maksiat, kejahatan dan melakukan dosa besar.

Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya : Sesungguhnya amal-amal kamu dibentangkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati; maka kalau amal perbuatan kamu itu baik-mereka gembira mengetahuinya, dan kalau sebaliknya, mereka (berdoa untuk kamu dengan) berkata : ‘ Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah pertunjuk, sebagaimana engkau telah member hidayah petunjuk kepada kami (sehingga kami mati dalam iman)’. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Bersempena dengan kedatangan bulan Rejab yang diketahui mempunyai banyak kelebihan, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan untuk melipatgandakan ibadah dan memperbanyakkan amalan sunat. Antaranya berpuasa sunat sekurang-kurangnya satu hari dari bulan Rejab, bersedekah dan menziarahi ibu bapa.

Perlu diinsafi, ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibubapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT, sepertimana kisah Alqamah di zaman Rasulullah yang mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akhirnya ketika hampir meninggal dunia dia tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya enggan memaafkannya.

Mimbar menyeru, marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada ibu. Mimbar menyeru jemaah dan umat Islam sekalian, gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakkanlah doa keampunan kepada mereka.

Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu-bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja.
Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka didatangi ajal. Mengakhiri khutbah marilah kita mengambil beberapa pengajaran penting berikut:

Pertama : Kepentingan menjaga ibu lebih utama daripada perang di jalan Allah.

Kedua : Berbuat baik kepada ibu- bapa mestilah menjadi keutamaan yang paling atas selepas kewajipan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ketiga : Redha Allah adalah terletak pada redha kedua ibu-bapa dan kemurkaan Allah terletak pada murka kedua ibu bapa.

Keempat : Roh ibu-bapa akan sakit dan terseksa jika anak-anak yang masih hidup melakukan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebagai renungan hayatilah firman Allah SWT dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Sural al-Israa’:24)

p/s: kpd mawar putih(white rose), terima kasih utk idea tajuk entry kali ini...
ini teks khutbah jumaat yg sebenar tau.....