SuRpRisE !!! (^,^)

Do u know enough about Maybankard? Find It here.
Love to party, find out those gifts.

Tuesday, May 17, 2011

KerDiLnYa KiTa

Memohon maaf bukan lah mudah utk dilakukan... kelihatan senang, semudah melafazkn "sy minta maaf"... mungkin seseronok bujang lapok melagukan 'maafkn kami' kpd si adik manis anak pendekar... namun seharusnya permohonan maaf hadir dgn rasa kesal dlm hati ats kesilapan yg berlaku...

ye, kesilapan, kecuaian, kealpaan, kegagalan mengawal diri mahupon perasaan hingga tersentuh, terluka, tercarik hati orang lain... lebih2 lg insan yg kite syg, yg kite terhutang nyawa, budi dan kehidupan... adekah dlm dunia ini insan yg sngaja melukakan hati org? atau hanyalah manusia yg x sempurna yg lahir dgn kemungkinan utk tersilap langkah, tersalah aturan, terbabas tindakan...

kesilapan ini tanda kekurangan, kelemahan manusia... dan krn itu, kesalahan yg berlaku, kelukaan yg berbekas dirawat dgn kekesalan, disuapkn dgn permohonan maaf minta diterima ditelan... pahitnya ubat kemaafan krn pahitnya mengaku kesalahan, pahitnya mengaku kekurangan diri... tp demi tidak mahu membiarkn insan lain terluka, maaf diminta, utk mberitahu bhw kesilapan itu bkn tanda kurangnya kasih dan syg kpdnya...

tp krn kemaafan itu pahit, ade insan x dpt terima kemaafan, x dpt memaafkn, walau berulang kali meminta maaf... mungkin keikhlasan, kesungguhan org yg meminta maaf utk berubah telah diragui... malah org yg meminta maaf pn tidak dpt menilai sejauh mana keikhlasan permohonan maaf nye... soal hati hanya Allah yg Maha Mengetahui tp kite hambanye hanya dpt merasa di dalam hati tanpa tahu menilainya... tp aku pasti, kesanggupan utk mengaku kesalahan, utk merendah diri meminta maaf, menjadi bukti kesungguhan...

maka terbuktilah kerdilnya kite... walau berkali meminta maaf blm tentu dpt berubah... walau berkali minta dimaafkn, blum tentu maaf diterima... Lihat lah kebesaran Ilahi... walau berkali melakukan dosa, Allah tidak jemu memaafkn... walau berkali kite beristighfar (teringat pesan seseorang akn kate2 ustazah Hasni), kite kemudiannye tergelincir berdosa, tp Allah x mendendami kite... x meragui kesungguhan istighfar hambanye...

Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.

Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya.

walau mcm mana pn, hamba bkn lah tuhan... ape harus dilakukan? akn terus di mohon kemaafan... biarlah org x nk terima... kesalahn berlaku, cuba elakkan, cuba berubah, aku akn mencuba... biar nnti bila disingkap kembali lipatan hidup lepas, aku tahu aku telah mencuba... aku besarkn jiwa aku mengaku salah dan merendah diri minta maaf... sama ada diterima atau tidak itu soal lain... yg penting dlm kekerdilan aku ni aku telah mencuba...

p/s: cuti hari wesak, berkumpul di rumah nenek sharifah di slk south... smg Allah permudahkn perjuangan aqeelah dan farhan... sorang p arau, sorng pegi puncak alam... tahniah adik2 ku...