Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA”
(18 JUN 2010 / 5 REJAB 1431H)
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.
Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA”.
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar pengorbanannya. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak.
Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari.
Kasih ibu bapa kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang -malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungannya yang dijaga penuh selama sembilan bulan.
Mimbar menyeru ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.
Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang dan pengorbanannya melebihi segalanya.
Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Mimbar mengingatkan, bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka?.Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.
Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu.
Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14:
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”
Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :
Maksudnya: “Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.”(Riwayat al- Bukhari)
Al-Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan mengendung ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah dengan ini saya telah melaksanakan kewajipan saya kepadanya? Rasulullah SAW menjawab “Tidak, tidak sebanding dengan satu kali hembusan nafas ketika ibumu melahirkanmu.”
Betapa besarnya pengorbanan ibu-bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan yang perlu direnung setiap anak, apakah mereka sudah menunaikan kewajipan terhadap ibunya.
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata bahawa beliau pernah bertanya Rasulullah SAW tentang amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah”.
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat Islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar walau hanya menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah bin Amru bin al-'As RA bertanya Rasulullah SAW tentang dosa besar. Sabda baginda: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.
Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian, bahawa menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup sahaja tetapi sebenarnya berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Menurut Abu Darda’, Allah SWT telah menempatkan roh orang mukmin di sebuah perkampungan di langit ketujuh yang diberi nama Darul Baida’. Dari sana roh orang mukmin sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat amalan atau kegiatan manusia yang masih hidup di dunia khususnya anak-anak atau kaum kerabat mereka.
Roh sentiasa bertanya khabar kepada jenazah yang baru tiba di alam arwah terutama tentang kehidupan keluarga mereka di dunia. Setiap hari amalan umat Muhammad diangkat ke langit dan segala amalan tersebut dipertonton kepada roh ibu bapa kita. Oleh itu gembirakanlah roh ibu bapa kita dengan amalan soleh semasa kita masih hidup di duna ini. Roh–roh ibu-bapa akan sakit, tersiksa dan menderita jika melihat amalan anak-anak mereka terlibat melakukan dosa besar seperti berzina, berjudi, minum arak, rasuah, memfitnah orang, bersubahat melakukan kezaliman, penganiayaan dan perbuataan maksiat lain.
Perbuatan anak di dunia menjadi ukuran dan bukti adakah kita yang masih hidup ini sebenar-benar menyayangi ibu-bapa kita. Apalah gunanya anak-anak mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat setiap minggu, setiap tahun sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan maksiat, kejahatan dan melakukan dosa besar.
Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya : Sesungguhnya amal-amal kamu dibentangkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati; maka kalau amal perbuatan kamu itu baik-mereka gembira mengetahuinya, dan kalau sebaliknya, mereka (berdoa untuk kamu dengan) berkata : ‘ Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah pertunjuk, sebagaimana engkau telah member hidayah petunjuk kepada kami (sehingga kami mati dalam iman)’. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Bersempena dengan kedatangan bulan Rejab yang diketahui mempunyai banyak kelebihan, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan untuk melipatgandakan ibadah dan memperbanyakkan amalan sunat. Antaranya berpuasa sunat sekurang-kurangnya satu hari dari bulan Rejab, bersedekah dan menziarahi ibu bapa.
Perlu diinsafi, ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibubapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT, sepertimana kisah Alqamah di zaman Rasulullah yang mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akhirnya ketika hampir meninggal dunia dia tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya enggan memaafkannya.
Mimbar menyeru, marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada ibu. Mimbar menyeru jemaah dan umat Islam sekalian, gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakkanlah doa keampunan kepada mereka.
Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu-bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja.
Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka didatangi ajal. Mengakhiri khutbah marilah kita mengambil beberapa pengajaran penting berikut:
Pertama : Kepentingan menjaga ibu lebih utama daripada perang di jalan Allah.
Kedua : Berbuat baik kepada ibu- bapa mestilah menjadi keutamaan yang paling atas selepas kewajipan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Ketiga : Redha Allah adalah terletak pada redha kedua ibu-bapa dan kemurkaan Allah terletak pada murka kedua ibu bapa.
Keempat : Roh ibu-bapa akan sakit dan terseksa jika anak-anak yang masih hidup melakukan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Sebagai renungan hayatilah firman Allah SWT dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Sural al-Israa’:24)
p/s: kpd mawar putih(white rose), terima kasih utk idea tajuk entry kali ini...
ini teks khutbah jumaat yg sebenar tau.....
Tuesday, June 29, 2010
Sunday, June 20, 2010
HePi AyAh’S DaY
Burung apa? Burung murai….
Burung apa? Burung murai….
Burung apa? Burung murai….
Eh, silap2, helang laa….. \(^,^)/

p/s: Thanx ayah for evrything yg ayah curah utk Am!!! TANPA RASA JEMU!!!
untuk anda semua, terimalah dialog Rosyam Nor sbg Sufian kpd anaknya Kimi dlm cerekarama "Sutera Sebalik Wajah" kt tv3 smlm. nsib baik last2 ayah die tak mati tau. hu3...

“bila kau dah besar dah jd bapak nnti, bru kau tahu amanat kita sbg manusia”
Labels:
{AkU DaN KeNaNgAn},
{BiSiKaN HaTi},
{CiNtA}
Thursday, June 17, 2010
HeLLo KiTTy \(^+^)/
Dgr lah hai tuan2, ini kisah keluarga kucing, emaknye nama petty dtg sini ktika bunting, adek I idzwan smbut tgk die bersalin, kluar lah uno, haemo dan jgk blacky. Klo memanja diri alah tuan mmg lah sifat blacky. Kacak bgaya tampan alah syng itulah uno. Haemo lah sekor si betina mgoda tawan.

Maka si haemo beranak (dh terlanjur). Kami terima aje, kami syak ade laa mkhluk allah yg myb bapak die, mayb die yg slalu teman haemo p kucing leisure city centre(KLCC) atau kucing time square. Xkn nk buant haemo, malu pn malu lah. Kami kena bg moral support kt haemo nie, nnti jd gejala buang bayi plk. Maka anakanda haemo bernama (bkn berita ok) whity, donny(pngaruh shah rukh khan), kiko(satu2 nye tino) n beebo(nama cam pnggilan mnja karisma kapoor tp hitam). Nsb baik beebo jantan, klo tak dh jd kisah senandung si dayang.
Disebabkn anak2 kucing tue dh besaq, kami pon buat umah baru utk depa. Haemo dpt loan bank mana ntah, jd die mmpu byr. Dgn I sbg engineer,ehem2, n ibu I quality control sbg pegawai CIDB, ahakz, rumah bru dibina dr kotak laptop Compaq(umah petty lahirkn uno,haemo n blacky dulu) n kotak kuning kertas A4 indah kiat, wahaha… kejap jer renovate sket2 jer, expert laa katakana. He3…

Dah keterlanjuran pon x serik2 nk keluar mlm, nk jd kucing embun ke ape?? Mentang2 dh lps pantang.

Mana pintu masuk nie??

House warming. Wah!!! Cantik nyer carpet putih, euro moda nyer….
Tujuan buat umah bru sbb si kecik3 nie dh pandai memanjat, mlng nyer kt umah bru nie pn cuba jgk depa buat prison break. Mmg meroyan punya anak kucing laa….

KiSaH KaWeN LaGi ???????
Hm, psl wedding lg, apa nie, apa seru2 nie, dh smpai seru ke?? Hehehe. Blm lg, janda ku tunggu blm ada. Ehehe. Alkisah my parent ade jmputan p wedding ofismate parent i. slalunyer parent I dpt jmputan utk depa je laa berdua, tp kali nie spesel utk kami, anak2 dijemput skali, agaknye masa kecik2 dulu kami kanak2 riang bila p ofis DBKL kot. Hehe2, perasaan sungguh.

p KL sblm mghrib laa, mghrib kt msjd tue, takut klo lmbt jem plk. Majlis berlangsung di Plaza RAH, I pon x tau singkatan utk ape. Area dkat sgt dgn masjid kg baru (tp skrng nie blm ade bubur lambuk lg) dan Al islam speacialist kg bru medical laa. Hm, actually nama jer I nie lahir kt KL tp nie 1st time kot p msjid kg baru tue (kodok bwh sabut sungguh).

Pkara ptama yg I terkesima, Sudu kita yg kiri atau kanan?? Air kite yg mana?? Dh semua susun dlm bulatan kn. Jd I go for right laa, islamik sket. Hehe3, and it appeared so btol2. Then kt aturcara msuk kol 8mlm, pngntin msuk kol 8.45mlm, xpe laa, tnggu raja sehari kn. At least yg staf2 ex-DBKL nie yg dh lama x jmpa bleh laa borak2, catching up sket2, slm arab (peluk cium laa), citer psl anak cucu, buat lawak2 remaja purba, depa ade yg dh 30 thn kenal, ade tue smpat lg imbau saat awal repot msuk keje lg. hu3.
Bila mpelai msuk, dgr laa Kompng tp yg x feeling tue sbb rkm je, tak live. Then slwt n doa dbaca oleh imam kg bru. Ape lg yek?? Haa, tyngn video psl kapel yg kawen tue laa. Dan stelah letih tunggu bru laa mkn. Ade jgk sideshow tue, caterer2 tue berbaris msuk bwk mangkuk nasik dgn lilin (masa video tue lmpu pdm). Lauk not bad laa, Papadom, rndng daging, acar, dalca, udang dan ayam merah. Halwa telinga lagu ct ya maulai, oh nie mmg 1st class, he3..oh lupa, karamel dan bekas cekelat, hm, karamel adek2 aku buat lg best. he3....

Sbg penutup ade ucapan dan amanat wakil family utk pengantin. Depa nie dr keturunan tertentu (x dpt dnyatakn), so ade laa bacaan ‘Puisi doa pnikahan’ karangan taufiq ismail. I takkan bg info tmbahan disini, homework korang cari laa sape hamba allah nie. Tp the puisi is quite inspirational. Last2, Bratur slm pengantin, then………BALIK laaa tgk world cup. He3…

Wednesday, June 9, 2010
CuTi SeKoLaH = CuTi KaWeN
Nape byk sgt org kawen time2 cuti skolah nie… huhu, I rasa sbb, bila cuti lg meriah mjlis. Hah, pastu sdara2 yg dh beranak pinak snang nk dtg, jd psngn pngantin pun senang nk mintak petua. Ceh pndai2 jer I nie. Aritu kn, sbtu 5jun, I blik ipoh, kenduri kawen sdara belah ibu I laa… haa tue laa lama sgt x blik kg jmpa sdara, rasakan, mcm pesta sudah nyer.. he3… tahlil , marhaban, sanding, semua ade.. hurm…

Meriah laa, bila org dok rebus telur, siapkan pelamin, siapkn gifts, mlm2 tue jgk karaoke. Duh gian plk rasa tp dh smua org kg ngadap, segan laa, I nie org mdatang jer. Tp lagu smua 60-an 70-an 80-an, mmg layan, bhgia sungguh I dngar kn. He3…

Mula2 nk share psl melantak. jus terbaru yg I minum, jus dragon fruit.. saje nk rasa, sblm nie tak prnh jumpa kt tmpt lain (or mybe aku yg katak bwh tmpurung, haha). Pastu I perasan baby tomato sgt berlambak di ipoh. Mkn kt kedai ade, umah pngntin nie pn ade.

Then, lps tahlil hari sabtu mlm, mkn ulam lambok, haa, tau ke kome?? Mcm btng keladi tp die lembut sgt2, mkn dgn tempoyak n smbal udang, fuhh, menjilat bibir. Ckp psl tmpoyak, ade lg mskn fevret siti nurhaliza, msk tempoyak ikan patin. Huwaa, best nyer….

Apa lg, hmm, ha, ade lemang mkn dgn rendang tok, he3. Then biasa laa, acar buah (bkn acha septriasa), daging kicap, ayam msk merah, gulai pisang. Last skali, bila rombongan pengantin dh smpai, menu khas buat sirap bndung tambah ais krim soda, wohoo. Bila minum tgh panas terik tue mmg kawwwww gilerrr.. abes laa, byk gila mkn gemuk laa i…hu3…

ops lupa pencuci mulut, cendol dan juga tapai. Sbg penanggah yg gagah, I pun cmpur tapai tue dlm cendol, ala2 cendol pulut.. haa amek kau, terus lg power dr Ali cafĂ©, he4…..

Best best tp ralat sket, sblm balik jam 2ptg ahad tue, masa rombongan pengantin dr Pahang tgh mkn, ade laa, wakil die nama anis tiba2 mintak karok (yg dlm bulatan merah dlm gmbr tue tau). Laa, ayah I dh ajak balik kL nie. Anis nie agak menyerlah laa, maybe adek pngntin kot, manis pon manis. He3. Hish klo ade masa mest I ajak duet sama, I kira wakil org perak laa, dr smlm kempunan karok. Suara die bleh sedap la, sempat dgr die nyanyi lagu ya maulai n bukan cinta biasa (org Pahang, lagu ct laa, I like). Sempat laa jgk dgr sbb ibu pi jumpa sedara2 kontan die lama tue, huh, x tau laa bila lg nk jumpa lps nie.

{HiKaYaT HaMbA},
MeLaNtAq ^o^
♥♪♫ [Mencintaimu} ♥♪♫
Mencintaimu...
Seumur hidupku
Selamanya...
Setia menanti
Walau di hati saja...
Seluruh hidupku
Selamanya...
Kau tetap milikku
Reff:
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Sgalanya...
Teramat berarti di hatiku
Selamanya...
Mencintaimu...
Seumur hidupku
Selamanya...
Kau tetap milikku
p/s: suka nye lagu nie..hu2.. penyanyi asal KD laa...tp versi jamal nyanyi agak inspirational laa... thanx to adek2 aku khairun n Ain yg temankn aku karok lagu nie kt superstar alamanda aritu...ha2, best melalak penuh perasaan tue. hu3....lain kali kite (eh, along) nyanyi lagu nie lg yek...he4....

{♥~MeLoDi KaLbU~ ♥},
{CiNtA},
{HiKaYaT HaMbA}
Tuesday, June 8, 2010
OST Lagenda Budak Setan - {Bila Cinta}
Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Labels:
{♥~MeLoDi KaLbU~ ♥},
{BiSiKaN HaTi},
{CiNtA}
Thursday, June 3, 2010
{Lagenda Budak Setan}
[khamis, 3jun2010, 3ptg, alamanda putrajaya] Nape tgk??? Dh masih menuai anggur n sbb dulu I suka novel tue, zaman2 sekolah dulu, one of my memories. Lg pon style adaptasi nie I mmg suka tgk sbb nk compare. Mcm drama tv n novel Cinderella, filem Mr. Cinderella, Romeo n Juliet (yg ahmad idham n umie aida), Salam Taj Mahal n skrng nie Dari Mata Arissa (adik I ckp laa, n rupanya ade novel nye kt umah nie, dush) kol 11 pg isnin -khamis.
So excited laa teman nk nengok opening day. Last filem p opening harry potter laa kot.
So setan:
- x laa sgt, kurang babak utk mgmbrkn kesetanan si setan.
- When u claimed that u love someone yet u torture her.
Yet funny:
- scene tercekik cicak. Spt beauty n the beast(cicak beast ke?? Ugly laa kot)
- punca kasyah benci ppuan(the whole GSC were laughing)
So de-ja-vu:
- to change/behave becoz of other people(ok, lebih tepat bcoz of love)
- kali ptama kasyah tngkap gmbr ppuan. There are ‘kali ptama’ for everything and some may touch our heart, erm, no, our soul.
- Willing to go to the ‘ulu’ area just for the sake of ayu n ayu jnji to wait for kasyah.
- Perpisahan, exchanging diari n magazines, a diary as a memento, sungguh suka ini babak.
- When kasyah said “sy mencari cinta bkn nya mcari ppuan”
So sweet:
- couple ring (mcm citer korea plk) masa kasyah confess kt ayu
- bila kasyah tatap daughter die buat ptama kali.
- Farid kamil bleh blakon bgitu bagus skali (the fact is I x minat die langsung sbb die dpt blakon iklan hotlink dgn Ct)
- Fazura acts like katerina is herself.
- That kasyah’s love is till the end of life though not his. Ending scene kt kubur terbaik.
so tragic:
- ayu yg sering diburu pderitaan, kena paksa kawin, korban kn cinta, kena dera, eksiden, ilang ingatan, bak kata kasyah, “ya allah, rupanya penderitaanmu blm berakhir ayu”.. dush.
- When the sweetest memories for ayu-kasyah are only in the beginning without hepi ending.
Overall tanpa ambil kira novel, this film is so straight to the main points, no leret2. But itu yg buat x puas. Pminat lisa, fazura, que mest rasa mcm sket sgt scene depa. Klo org2 yg suka bkhayal tue, mesti x puas sbb x byk babak ayu-kasyah di kmpus, saat2 kasyah cuba pulihkn ayu. It is like byk mknn yg best tp sket2 kena suap sbb nk rasa smua…cnth mcm bfast kt mahkota hotel Melaka (nie kes masa I bwk ayah p berubat kt Melaka laa). byk menu yg best, tp sbb nk rasa smua tpaksa mkn sket2, amek serba sket spy rasa smua, n smua tue kbtolan best2 plk. Huhu.
But as I expected, films usually no better then novels, given that it was written by quite good novelist. Lg2 novel LBS yg byk giler pages kot. People may say that ‘actions speak louder than words’ but these are no actions, merely an acting in a film. Larat ke plakon nk lakonkan satu novel tue.he3. so mrkh dr I kurang sbb, x puas tgk, wlopn x meleret tp x ckup huraian. Then ade plakon yg I rasa lebih sesuai utk certain watak. Don’t get me wrong, I rasa semua blakon best, just that there are better options. so 4 bintang from me lah. Enough lah.i chow lah.
Labels:
{AkU DaN KeNaNgAn},
{BiSiKaN HaTi},
{CiNtA},
{HiKaYaT HaMbA}
Subscribe to:
Posts (Atom)