SuRpRisE !!! (^,^)

Do u know enough about Maybankard? Find It here.
Love to party, find out those gifts.

Wednesday, September 29, 2010

Mewah bahasa: 'Semua dah tumpo'

Photobucket

SAIFUL yang sudah berhijrah ke bandar, mengambil kesempatan berkunjung ke rumah sahabatnya, Ali pada cuti Hari Raya yang lalu. Mereka teman sepermainan yang sentiasa saling memahami sehingga masing-masing pasti mencuri peluang untuk bertemu jika berpeluang.

Saiful: Seronok duduk kampung ni ya?!

Ali: Tu la pasalnya bila habis aje maktab dulu aku minta ngajar kat kampung. Dah rezeki aku ... dapat pulak tu!

Saiful: Tapi tak semua orang suka, tak ada kehidupan. Macam aku ni, sesekali datang memanglah rasa seronok tapi kalau nak duduk terus sini, rasanya tak lalulah ... tak sesuai dengan jiwa aku!

Ali: Duduk kampung ni boleh buat banyak aktiviti untuk penuhi masa lapang, bercucuk tanam, bela ayam itik.

Saiful: Tang itu yang aku tak berapa minat tu ... he! he! he! tapi tang makan ayam kampung, aku memang suka sangat! Itulah sebabnya aku suka melawat kau ni, dapat makan ayam kampung dan itik!

Ali: Oooo ... pandai kau ek?! Makan suka tapi bela tak nak!
Saiful: Bela ayam ni aku tengok lecehlah ... busuk pulak tu, tapi kali ni aku nak cuba sembelih sendiri pulak! Kat KL mahal tau. Ayam kampung ni mau dua puluh ringgit seko, itik lagi mahal ... empat puluh ringgit seko!!

Ali: Tak boleh! Tak merasalah kau nak menyembelih ayam!

Saiful: Kenapa pulak? Janganlah nak berkira sangat dengan kawan, aku taulah ayam kampung tu mahal tapi takkan sebab itu kau nak ketepikan kawan!

Ali: Tak boleh! Nanti kita pergi pasar beli ....

Saiful: Tak mau le yang pasar punya! Aku nak yang kau bela tu, macam dulu ... aku datang yang dulu kan ke kau sembelih ayam yang kau bela sendiri?! Tapi kali ni aku pulak nak sembelih sendiri, nak merasa ... tak pernah lagi praktikkan menyembelih ni. Teorinya dah banyak kali belajar. Alaa ... janganlah kedekut sangat, sedekah kat aku seko ... bukannya luak.

Ali: Bukan kedekut, tapi dah abih tumpo!

Saiful: Tak jadi hal punya ... aku ada bawa pisau sendiri, elok tajam ... pisau Buck yang aku selalu bawa pergi camping tu.

Ali: Tak guna pun kau bawak pisau impot US tu ... dah tumpo, nak buat camana?!

Saiful: Aku dah asah dah ... tajam! Tentu sah punya sembelihan ... kau jangan risaulah!

Ali: Aku taulah pisau kau tu tajam ... pasal pisau tak jadi masalah. Kat rumah aku ni pun ada pisau tajam yang masalahnya sekarang ayamnya ....

Saiful: Tadi kau kata masalah pisau tumpul, bila aku kata aku ada pisau tajam, kau kata masalah ayam pulak! Kau ni betul dah berubahlah ... dah kedekut, tak macam dulu lagi .... Kalau tak mau kasi cakap ajelah terus-terang, tak perlu berdolak-dalih.

Ali: Betul!! Ayamnya dah abih tumpo! Itik pun sama ....

Saiful: Ayam tumpul? Eh! Kenapa pulak ayam itik tumpul? Yang tumpul pisau, bukan ayam itik! Merepek apa kau ni!

Ali: Ha ha ha ... tumpolah! Bukan tumpul ... korek sikit telinga kau tu!!

Saiful: Tumpo?? Apa tu?

Ali: Laa ... tak tau ke? Tumpo tu maknanya mati.

Saiful: Mati??

Ali: Ahaa la ... tapi bukan le untuk orang ... binatang kita kata tumpo, orang kita kata meninggal dunia.

Saiful: Ooo ... ayam itik kau dah habis mati ke?

Ali: A’ah, kena wabak hawar ayam ... habis tumpo sekampung. Tunggu seminggu dua lagi baru nak bela balik. Tapi kau jangan risaulah ... pasti tak kecewa datang rumah aku ni!

Saiful: Dah kecewa pun tak dapat makan ayam kampung!

Ali: Gi tukar baju, kita pergi jala ikan dalam kolam aku kat belakang tu.

Saiful: Kau ada kolam ikan?

Ali: ada empat buah kat hujung tanah aku ni ... tempat yang masa kau datang tahun lepas masih paya tu, aku dah buat kolam bela tongsan, tilapia dan patin.

Saiful: Eh!! Kaulah kawan aku dunia akhirat, sentiasa tak mengecewakan kawan. Tak dapat ayam, dapat tongsan dan patin pun ok gak. Jom! Jom!

Ali: He he he ... teruk betul perangai orang bandar ni.


Glosari
Dialek Perak

Tumpo - mati, untuk makna kasar dan bukan untuk manusia.

p/s: dipetik drpd segmen berita harian [link]

Friday, September 24, 2010

Saat-saat akhir Rasulullah SAW.......

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, "kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" -"Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Sumber : www.taushiyah- online.com

Wednesday, September 22, 2010

Mewah Bahasa: Gesek dalam kelambu

DI sebuah pejabat selepas cuti Raya ....

Nik: Selamat Hari Raya! Rusdi: Selamat Hari Raya! Macam mana beraya di kampung? Best tak? Nik: Biasalah, balik Pantai Timur ... kau faham-faham ajelah trafiknya!

Rusdi: Hai! Bawa kereta baru pun mengeluh juga ke?

Nik: Apa tak mengeluhnya, penat tau ... memandu dekat dua belas jam baru sampai, jem teruk. Kalau kau nak tau, nilah pertama kali aku balik kampung memandu sendiri, selalunya naik bas je. Ingatkan seronok, enjoy ... rupa-rupanya seksa! Kalau aku tau ... lebih baik naik bas ekspress je ... boleh tidur.

Rusdi: Lain ... tak sama dengan naik bas. Kalau bawa kereta sendiri, di kampung senang nak berjalan, kalau naik bas ... patah kakilah!
Nik: Tak guna juga Rus, kat kampung pun jem teruk juga. Dah semua kereta yang ada di KL ni balik kampung, dibawanya sekali jem tu .... Nak gi kedai beli kicap pun payah, dahlah jem ... parking pun penuh. Dah jadi macam KL gak!

Rusdi: Tak palah ... janji meriah!

Nik: Meriah apanya?! Sibuk, kelam-kabut!

Rusdi: Kenapa pulak?

Nik: Kemalanganlah.

Rusdi: Kau kemalangan jalan raya ke? Tapi aku tengok kau ok je, kereta teruk ke?

Nik: Bukan kemalangan jalan rayalah!

Rusdi: Habis tu? Kemalangan apa pulak?

Nik: Raya pun jadi macam tak raya, sibuk dan kelam kabut!

Rusdi: Yalah, kenapa?

Nik: Malam raya tu, masa orang tengah sibuk takbir raya di masjid ... rumah saudara aku terbakar! Rumah tu pulak dekat dengan rumah orang tua aku. Tak kelam kabut di buatnya?!

Rusdi: Astagfirullah ... malam raya tu? Kesian ....

Nik: Habis hangus sebuah rumah dengan barang-barang sekali. Tinggal sehelai sepinggang anak beranak!

Rusdi: Ni mesti angkara main mercun ni. Orang Kelantan memang suka main mercun, mentang-mentang le senang dapat dari seberang.

Nik: Tak! Tak main mercu ... sebab tak main mercunlah yang terbakar rumah tu! Kalau main mercun mungkin tak terbakar rumah.

Rusdi: Kenapa pulak macam tu?

Nik: Anak-anak sedara aku tu memang tak main mercun, bapa mereka tu garang dan dia memang dari dulu tak benarkan langsung anak-anak main mercun. Bila dah tak boleh main mercu dan bunga api ... tapi tengok budak-budak keliling main, mereka pakat adik beradik main gesek!

Rusdi: Main gesek?

Nik: Haah ... main gesek! Dalam kelambu pulak tu. Kalau main kat luar takut bapa dia nampak. Mereka pakat masuk bilik, masuk kelambu ... main gesek.

Rusdi: Mereka gesek apa? Biola ke? Takkan gesek biola sampai berapi ...Vanessa May pun tak sampai macam tu!

Nik: Bukan gesek biola! Gesek rokoklah! Gesek apa pulak lagi.

Rusdi: Ooo ... mereka mencuri hisap rokok dalam kelambulah ni yek? Kecik-kecik lagi dah pandai hisap rokok ... budak-budak sekarang ni!

Nik: Tak lah! Tak hisap rokok, main gesek je ....

Rusdi: Eh! Aku mula tak faham apa yang kau cakap ni ... gesek apa yang boleh sampai terbakar ni?

Nik: Gesek yang biasa tu lah .. .yang orang pakai untuk hisap rokok, untuk hidupkan api tu ... gesek apa pulak lagi?!

Rusdi: Gesek apa untuk hidupkan api? Gesek kayu dengan kayu ke atau batu dengan batu? Peliklah! Macam zaman dulu pulak, macam zaman batu ... nak hidupkan api kena gesek kayu dengan kayu. Lambat tu nak hidupkan api ... aku pernah buat masa perkhemahan pengakap kat sekolah dulu, sampai sudah api tak hidup ... akhirnya pakai mancis jugak! Anak sedara kau tu main camping le gamaknya yek? Kelambu jadi khemah dan cuba hidupkan api dengan gesek kayu. Hebat tu sampai boleh menyala, tak macam aku dulu ... tak pernah jadi, berasap pun idak!

Nik: Isy! Merepek-merepeklah kau ni ... anak-anak sedara aku tu main ni hah! Ni ... gesek ni!

Rusdi: Tu mancis!

Nik: Ha laa ... mancis. Main dalam kelambu, kena sambar kelambu tu ... nasib baik sempat lagi keluar tapi rumah habislah, rumah kayu.

Rusdi: Cakaplah main mancis, tadi kau kata gesek!

Nik: Oooo ... aku lupalah orang sini tak panggil gesek. Duduk seminggu di kampung, terbiasa pulak guna bahasa orang sana ... he he he he ....

Glosari:
Gesek - ( i ) gosok, geser
( ii ) ( Kelantan) mancis api

p/s: petikan dr berita harian online link

Wednesday, September 15, 2010

Mewah Bahasa: Sedekah duit pecah

Photobucket

Mizu: Di bulan Syawal yang mulia penuh rahmat ni, kita elok banyak bersedekah.

Zamre: Betul tu, lebih-lebih lagi anak yatim ... yatim piatu.

Mizu: Tak semua anak yatim kita dapat pahala bila sedekah!
Zamre: Semualah! Ustaz ada cakap macam tu dulu ....

Mizu: Memanglah ustaz ada cakap macam tu ... tapi tak semua. Ada anak yatim yang kita sedekah tak dapat pahala, habis duit aje ....

Zamre: Anak yatim macam mana pulak tu?

Mizu: Alahai, contoh yang paling dekat ada depan mata.
Zamre: Siapa?

Mizu: Macam bos kita!

Zamre: Bos kita?

Mizu: Ha, la ... bos kita tu kan ke anak yatim. Yatim piatu pulak lagi!

Zamre: Ha!ha!ha! ... buat lawak sekupang la kau ni. Bos kita tu memanglah golongan yang tak layak terima sedekah! Dia yang sepatutnya sedekah pada kita!

Mizu: Tadi kau juga yang cakap anak yatim, kan?

Zamre: Ya lah! Anak yatim betulah tu ... tapi kanak-kanaklah, namanya pun anak yatim, bukannya orang tua! Kalau kategori anak yatim termasuk orang yang dah dewasa ...ramailah orang yang masuk dalam golongan ni! Orang yang dah dewasa ni tak bolehlah dimasukkan dalam golongan yatim piatu, mereka tu dah bercucu pun! Eh!! Kenapa kau tiba-tiba cerita pasal derma pada anak yatim ni? Kau nak minta derma ke?

Mizu: Idaklah gitu! Tadi tu ha ... aku nampak ada budak minta sedekah kat kau, kau buat tak tau je.

Zamre: Ooo ... budak tadi tu?! Bukan orang sini pun ....

Mizu: Kalau bukan orang sini pun, apalah salahnya kau hulur sekupang dua, tak luak pun duit kau tu ... entah-entah anak yatim, ha! ... Berganda pahala tau!

Zamre: Memanglah aku nak bagi pada mulanya, tu pasal aku berhenti tadi ... tapi seluk punya seluk, tak ada duit pecah!

Mizu: Teruk betullah kau ni, nak bersedekah pun berkira sangat! Bagilah yang elok, janganlah bagi yang dah tak elok sampai tak boleh nak guna. Bagilah dua tiga kupang.

Zamre: Tak ada! Kalau kau ada duit pecah, baklah aku pinjam dulu. Aku memang berniat nak sedekah tadi. Baklah duit pecah kau tu dulu ....

Mizu: Merepeklah kau ni! Aku pun tak ada simpan duit pecahlah, kalau ada dapat pun aku dah tukar kat Bank Negara dah! Kau ni betul-betul kejamlah!

Zamre: Kejam?

Mizu: Ha aa ... kejam! Kalau kau bagi dia duit pecah, harap ajelah dia bila duit tu tak laku ... takkan dia nak pergi bank tukar pulak, kalau gitu baik tak payah bagi!

Zamre: Apasal duit pecah tak laku pulak? Aku selalu pakai ... laku je!

Mizu: Kalau duit dah pecah-pecah dan koyak-koyak, kedai tak mau terima tau?!

Zamre: Kalau duit pecah-pecah dan koyak memanglah orang tak mau terima.

Mizu: Hah! Taupun ... habis tu kenapa kau nak bersedekah duit yang macam tu?

Zamre: Eh! Aku bukan nak sedekah duit yang koyak, pecah-pecah ... aku nak sedekah duit pecah!

Mizu: Duit pecah?

Zamre: Ha laa ... duit kecil, aku ada not lima puluh aje ni, itupun tinggal sekeping aje, nilah nak simpan sampai gaji, kau faham-faham ajelah lepas raya ni ... kalau ada duit pecah, aku bagilah kat budak tu tadi. Seluk punya seluk .... sekupang pun tak ada.

Mizu: Duit pecah ni duit kecil la ya?!

Zamre: Ha la ... kau ingat apa?

Mizu: He He He .... Aku ingat duit yang dah pecah-pecah tu ....


Glosari

Duit pecah - duit kecil, duit syiling
Bak - beri, kasi




p/s: dipetik drpd ruangan sastera di Berita Harian, Bersama Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM)

Ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia 16September. Mari sama2 menghargai keharmonian yg telah dikecapi bersama....

Tuesday, September 7, 2010

Kelebihan Seorang Wanita

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaatsolat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepadaanaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaanletih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesakerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yangmelihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dankemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awaldaripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanitaitu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggangkuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjagaanak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerahsusu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itudengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapulantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannyauntuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yangbersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan padasatu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalammasa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanitamelayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanitamenyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberisusu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahunsolat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasukisyurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitumemakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

p/s: dipetik drpd laman [iluvislam.com] - link
sy tujukan kpd insan tersayang, adek2 prempuan tersayang, sepupu sepapat sedara mara prempuan, rakan2 terutamanya Pn Norhayati Sahdullah yg telah slmt melahirkan baby girl sulung nya....

Yatie, smoga bhgia disamping suami, anak dan famili mu!! (^_^)v

Monday, September 6, 2010

BaHaYa!!!!!!!!

TV sekarang ni sibuk dengan persiapan raya dan Bazar Ramadan. Kurang beri perhatian pendidikan mengenai bahaya mercun bola. Bahkan ramai ibu tidak tahu apa itu mercun bola dan kenapa ianya bahaya. Para ibu terutamanya perlu tahu bentuk mercun bola dan beri penerangan kepada anak-anak kenapa mercun bola ini bahaya, boleh menyebabkan jari putus, mata buta, telinga pekak dan paling teruk membawa maut.

TV janganlah sibuk dengan makan je bulan puasa ni, sampai Buletin Utama, berita TV1 pun cerita pasal makan siang malam.

Cubalah buat segmen mengenai bahaya mercun.

OK, untuk kaum ibu, mari belajar mengenai mercun bola dan ajar anak-anak bahaya mercun bola, kerana kaum bapa ini selalunya tak boleh harap, dia yang beria-ia beli dan main mercun.

Baik, mercun bola ini bentuk bulat macam bola bersaiz duit siling 20 sen atau 50 sen.

Ada sumbu sepanjang 1 inci. Mercun bola ini berwarna-warni dan diperbuat daripada plastik. Nampak menarik macam permainan.

MERCUN BOLA INI PALING BAHAYA DARIPADA MERCUN BIASA YANG DIBALUT KERTAS. PLASTIK INI BERTINDAK SEBAGAI PELURU HIDUP ATAU MENJADI SERPIHAN (SHARPNEL) YANG BOLEH MENEMBUS MATA, KULIT DAN DAGING APABILA MELETUP.

LAGI SATU BAHAYA IALAH SUMBU :
1. SUMBU INI BOLEH TERBAKAR DALAM TAK NAMPAK LUAR
2. BIASANYA SUMBU TERBAKAR PERLAHAN, TAPI ADA YANG TIBA-TIBA TERUS TERBAKAR PANTAS DAN MELETUP.

MERCUN BOLA IALAH ADIK KEPADA BOM TANGAN !!!!

BUKAN SETAKAT JANGAN MAIN, JANGAN BERADA DEKAT DENGAN MEREKA YANG MAIN MERCUN BOLA !!!

Dalam segmen TV tadi buat sedikit demo mercun bola ni, letak pada buah tembikai tengok macamana tembikai tadi pecah. Atau pada daging ayam, tengok serpihan plastik mercun bola tadi masuk dalam daging.

PENDIDIKAN ADALAH PENTING DALAM PENCEGAHAN !!!

TAK NAK KELUAR FATWA KE , APA HUKUM MAIN , MENGEDAR , MENJUAL , MEMBUAT MERCUN BOLA NI ?

p/s: ini adalah petikan dr emel encik rozmal (Rozmal@yahoo.com)
btoi jgk hujah dia...nie bulan posa p tunjuk bab2 mkn lebih byk... bkn ke lg menduga kelaparan...he3.... siap tunjuk smbutan ramadhan di luar negara, tp sambutan ade tarian lah, mknn melambak lambak, dh ade unsur2 pembaziran, bazir masa n bahan makanan...

i mmg tergolong dlm golongan yg suka main mercun, tp cari lah yg kurang bhy sket... ibarat mandi laut... kite suka mandi laut tp jgn laa smpai mandi kt kwsn dlm dan bahaya, lemas nnti plk... (^^)v