SuRpRisE !!! (^,^)

Do u know enough about Maybankard? Find It here.
Love to party, find out those gifts.

Wednesday, September 29, 2010

Mewah bahasa: 'Semua dah tumpo'

Photobucket

SAIFUL yang sudah berhijrah ke bandar, mengambil kesempatan berkunjung ke rumah sahabatnya, Ali pada cuti Hari Raya yang lalu. Mereka teman sepermainan yang sentiasa saling memahami sehingga masing-masing pasti mencuri peluang untuk bertemu jika berpeluang.

Saiful: Seronok duduk kampung ni ya?!

Ali: Tu la pasalnya bila habis aje maktab dulu aku minta ngajar kat kampung. Dah rezeki aku ... dapat pulak tu!

Saiful: Tapi tak semua orang suka, tak ada kehidupan. Macam aku ni, sesekali datang memanglah rasa seronok tapi kalau nak duduk terus sini, rasanya tak lalulah ... tak sesuai dengan jiwa aku!

Ali: Duduk kampung ni boleh buat banyak aktiviti untuk penuhi masa lapang, bercucuk tanam, bela ayam itik.

Saiful: Tang itu yang aku tak berapa minat tu ... he! he! he! tapi tang makan ayam kampung, aku memang suka sangat! Itulah sebabnya aku suka melawat kau ni, dapat makan ayam kampung dan itik!

Ali: Oooo ... pandai kau ek?! Makan suka tapi bela tak nak!
Saiful: Bela ayam ni aku tengok lecehlah ... busuk pulak tu, tapi kali ni aku nak cuba sembelih sendiri pulak! Kat KL mahal tau. Ayam kampung ni mau dua puluh ringgit seko, itik lagi mahal ... empat puluh ringgit seko!!

Ali: Tak boleh! Tak merasalah kau nak menyembelih ayam!

Saiful: Kenapa pulak? Janganlah nak berkira sangat dengan kawan, aku taulah ayam kampung tu mahal tapi takkan sebab itu kau nak ketepikan kawan!

Ali: Tak boleh! Nanti kita pergi pasar beli ....

Saiful: Tak mau le yang pasar punya! Aku nak yang kau bela tu, macam dulu ... aku datang yang dulu kan ke kau sembelih ayam yang kau bela sendiri?! Tapi kali ni aku pulak nak sembelih sendiri, nak merasa ... tak pernah lagi praktikkan menyembelih ni. Teorinya dah banyak kali belajar. Alaa ... janganlah kedekut sangat, sedekah kat aku seko ... bukannya luak.

Ali: Bukan kedekut, tapi dah abih tumpo!

Saiful: Tak jadi hal punya ... aku ada bawa pisau sendiri, elok tajam ... pisau Buck yang aku selalu bawa pergi camping tu.

Ali: Tak guna pun kau bawak pisau impot US tu ... dah tumpo, nak buat camana?!

Saiful: Aku dah asah dah ... tajam! Tentu sah punya sembelihan ... kau jangan risaulah!

Ali: Aku taulah pisau kau tu tajam ... pasal pisau tak jadi masalah. Kat rumah aku ni pun ada pisau tajam yang masalahnya sekarang ayamnya ....

Saiful: Tadi kau kata masalah pisau tumpul, bila aku kata aku ada pisau tajam, kau kata masalah ayam pulak! Kau ni betul dah berubahlah ... dah kedekut, tak macam dulu lagi .... Kalau tak mau kasi cakap ajelah terus-terang, tak perlu berdolak-dalih.

Ali: Betul!! Ayamnya dah abih tumpo! Itik pun sama ....

Saiful: Ayam tumpul? Eh! Kenapa pulak ayam itik tumpul? Yang tumpul pisau, bukan ayam itik! Merepek apa kau ni!

Ali: Ha ha ha ... tumpolah! Bukan tumpul ... korek sikit telinga kau tu!!

Saiful: Tumpo?? Apa tu?

Ali: Laa ... tak tau ke? Tumpo tu maknanya mati.

Saiful: Mati??

Ali: Ahaa la ... tapi bukan le untuk orang ... binatang kita kata tumpo, orang kita kata meninggal dunia.

Saiful: Ooo ... ayam itik kau dah habis mati ke?

Ali: A’ah, kena wabak hawar ayam ... habis tumpo sekampung. Tunggu seminggu dua lagi baru nak bela balik. Tapi kau jangan risaulah ... pasti tak kecewa datang rumah aku ni!

Saiful: Dah kecewa pun tak dapat makan ayam kampung!

Ali: Gi tukar baju, kita pergi jala ikan dalam kolam aku kat belakang tu.

Saiful: Kau ada kolam ikan?

Ali: ada empat buah kat hujung tanah aku ni ... tempat yang masa kau datang tahun lepas masih paya tu, aku dah buat kolam bela tongsan, tilapia dan patin.

Saiful: Eh!! Kaulah kawan aku dunia akhirat, sentiasa tak mengecewakan kawan. Tak dapat ayam, dapat tongsan dan patin pun ok gak. Jom! Jom!

Ali: He he he ... teruk betul perangai orang bandar ni.


Glosari
Dialek Perak

Tumpo - mati, untuk makna kasar dan bukan untuk manusia.

p/s: dipetik drpd segmen berita harian [link]

No comments: