SuRpRisE !!! (^,^)

Do u know enough about Maybankard? Find It here.
Love to party, find out those gifts.

Wednesday, November 10, 2010

Mewah Bahasa: 'Tuka duit rial'

Photobucket

Kamal: Nak ke mana tu?

Halim: Nak gi kedai kejap!
Kamal: Apa benda dalam buntil tu? Berat semacam je ....
Halim: Aku dah keringlah! Bulan ni teruk betul ... kereta buat ragam! Nak sampai cukup bulan ni semput betul.

Kamal: Kenapa kereta kau? Rosak ke?

Halim: Ha’a ... balik Kelantan hari tu kena over heat, nasib baik dah dekat Bentung baru kena, boleh jugalah gagah sampai Gombak ni.

Kamal: Huh! Teruk tu ... enjin pecah ke? Macam mana boleh sampai over heat? Tak cek air ke?
Halim: Motor kipas buat hal ... kipas tak pusing, air tendang keluar! Nasib cepat sedar, tapi gasket terbakar ... minyak hitam bocor.

Kamal: Piston ok?

Halim: Ok! Tapi kena top over haul le juga.

Kamal: Banyak kena tu rasanya?!

Halim: Boleh tahanlah! Habis sebulan gaji .....

Kamal: Yang bawa buntil ni nak ke mana pulak? Apa dalam buntil tu?

Halim: Hahaha ... nasiblah ada yang ni ... nilah talian hayat aku sementara nak cukup bulan ni ... duit tabung!! Duit syiling yang aku kumpul dekat dua tahun dalam tabung.

Kamal: Ooo ... syiling!! Nak bawa gi mana pulak?

Halim: Nak ke kedai, ... nak tuka duit rial!!

Kamal: Tukar rial? Kena pergi gi money changer le ... kat kedai tak boleh!!

Halim: Boleh!! Aku dah tanya tadi, orang kedai tu memang suka sangat sebab sekarang ni susah dapat duit kecil.

Kamal: Ooo ... heran jugak aku ... selalunya orang tukar duit ni pergi money changer atau bank!

Halim: Dak aih! Money changer tak mau tuka syiling dengan rial.

Kamal: Tak mau? Pelik betul, ... kan ke tukar duit tu memang perniagaan dia?!

Halim: Memang le dia niaga tukar duit, tapi tukar duit Malaysia dengan Indonesia ke, Amerika ke, China ke ... dia maulah. Tukar rial dia tak mau!!

Kamal: Eh! Kau nak pergi Mekah ke? Dapat pergi haji tahun ni yek?! Bertuah kau ... muda-muda lagi dah nak pergi haji! Ada orang tu dah bertahun-tahun daftar, tak dapat-dapat ... dah tua baru nama naik!!

Halim: Tak aih! Belum pergi haji lagi ... usahkan daftar, akaun tabung haji pun belum buka lagi!!

Kamal: Ooo bukan nak pergi haji?! Habis tu buat apa duit rial?

Halim: Buat apa kau tanya? Buat belanjalah, nak menyampaikan cukup bulan!

Kamal: Pakai rial? Eh! Lim ... kita ni kat Malaysia tau, tak pakai duit Saudi, kita pakai RM, ... ringgit Malaysia!!

Halim: Siapa pulak yang nak tukar duit Saudi?

Kamal: Eh! Kau ni cakap berbelit-belitlah, kan kau yang sendiri cakap tadi nak tukar duit rial?

Halim: Betullah tu, nak tukar duit rial!!

Kamal: Ha! Dah tukar duit rial, nak pergi Mekah le tu ... kalau betul nak pergi haji, janganlah nak bersembunyi-sembunyi lagi ... benda yang baik macam ni kena bagi tau kawan-kawan!!

Halim: Benda yang baik apa pulak ni?! Tambah keliru aku nih!!

Kamal: Betullah kau nak pergi Mekah ... kan?!

Halim: Idak aih!! Aku tak pergi Mekah ... tak cukup pun duit ni nak buat tambang!

Kamal: Yang kau nak tukar duit rial tu, untuk apa?

Halim: Ha, laa ... kena tukar le ke duit rial, takkan aku nak angkut syiling dalam buntil ni ke hulu ke hilir ... kalau dah tukar duit rial, duit kertas ... senanglah nak bawa, belanja pun senang....

Kamal: Duit kertas? Duit rial ni duit kertas ke?

Halim: Ha laa ... orang negeri aku panggil duit kertas ni duit rial!!

Kamal: Laa ... mati-mati aku ingat duit rial Arab Saudi!!

Glossari
Rial - ( i ) mata wang Arab Saudi
( ii ) (dialek Kelantan) wang kertas
( iii ) (dialek Kelantan) ringgit

p/s: Thanx to Berita Harian dan Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya.

No comments: