SuRpRisE !!! (^,^)

Do u know enough about Maybankard? Find It here.
Love to party, find out those gifts.

Wednesday, January 12, 2011

~ KeLassssS SgT ~

SM Faisal, Siti Nurhaliza terima anugerah BrandLaureate

KUALA LUMPUR 11 Jan.– Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dianugerahkan Anugerah SMEs Man of the Year di Anugerah BrandLaureate, Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2010 di sini malam tadi.

Anugerah yang disampaikan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu mengiktiraf peneraju perniagaan yang mampu membawa jenama mereka ke peringkat tertinggi termasuklah ke persada antarabangsa.

Manakala Anugerah SMEs Woman of the Year pula diberikan kepada penyanyi tersohor yang juga seorang usahawan, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Presiden The BrandLaureate, Dr. KK Johan, menyeru semua usahawan PKS mencabar keupayaan masing-masing bagi meningkatkan lagi prestasi syarikat.

“Usahawan PKS perlu mengubah cara berfikir dan sikap dan seterusnya berani mengambil risiko untuk terus berjaya,” katanya di dalam ucapan pembukaan majlis tersebut.

Majlis dihadiri Dr. Mahathir dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Anugerah yang dibahagikan kepada 10 kategori itu turut menobatkan Perodua sebagai pemenang kategori utama iaitu Jenama Terbaik 2010.

Manakala Secret Recipe memenangi Jenama Paling Popular 2010.

Selain itu, Munchy‘s dan Yomeishu masing-masing dianugerahkan Jenama Paling Dikagumi dan Jenama Paling Dikenali.

Anugerah tahun ini juga mengiktiraf jasa pengasas Limkokwing University of Creative and Technology, Tan Sri Lim Kok Wing.

Beliau merupakan penerima sulung bagi Anugerah Lagenda The BrandLaureate 2010. - Utusan

oh, petikan berita yg buat rasa hepi... jenama terbaik - Perodua.... hm, agak laa... stakat nie xde laa dgr rungutan dr org sekeliling psl Perodua... klo byk org komen negatif pn psl Proton.. senang ckp worth it laa... aritu blogwalking pn i tgk masa motor show, kereta prototype Perodua lebih menarik laa... pndapat ramai pn cmtue.... klo tanya i, pakai Perodua nie not bad laa, tp i nie mmg lupa dataran sket, i minat BMW...hik3...

Jenama popular, that is secret recipe... woh, i think sumber utama adelah kek indulgance die...hahha... byngkn fb update tue, asal besday org je, mintak kek tue, nk kek tue, i pn suka sgt2 kek tue... klo mkn tue, mmg x pndng keliling dh, mkn smpai x ingat akhirat ;p

Bagi kategori khas anugerah utama The BrandLaureate yang dipilih peserta PKS sebagai jenama paling digemari terdiri daripada 11 syarikat tp antara jenama yg i guna ialah, Touch n Go (penyedia pembayaran elektronik); AAM (bantuan jalan raya); MEPS (pembayaran antara bank); Maxis (telekomunikasi) dan OSIM (produk kesihatan). wah, patutlaa trf hidup tnggi...i pkai brand yg berkualiti... bersyukur lah, dpt hidup dgn selesa (hrga brg naik pn redha lah aje)...

tp sebenarnya nk tunjuk ct menang anugrah tue...hahahahahah
TAHNIAH CT, THNIAH!.. x sbr nk tnggu perfume for men dr simplysiti nnti...hik3...



gmbr diambil dr twitter ct, dh minta izin tp blum diberi izin... ct jgn marah ye...huk3...

No comments: