SuRpRisE !!! (^,^)

Do u know enough about Maybankard? Find It here.
Love to party, find out those gifts.

Tuesday, March 23, 2010

[Contoh Soalan Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR 1986]

Soalan:
Pada cuti hujung minggu yang lalu, anda telah bercuti di kampung halaman.
Tulis suatu karangan mengenai percutian tersebut.


Pada hari sabtu yg lalu, sy telah pulang ke kg halaman ayah sy di kajang Selangor. Sesungguh nya sy tak ada kg krn sy lahir di Bandar. Setiba di teratak ayahanda bonda, jam menunjukkan 2.00ptg. Setelah mengucup tgn ibu dan ayah, sy amat terkejut krn mendapati mereka belum mkn tgh hari krn kepulangan yg dinanti. Ini kerana sy telah menyatakan rancangan utk pulang bagi mndptkan cukai jalan dan insurans kenderaan bermotor yg dimiliki ayah sy tp dibuat harta sendiri oleh sy. Hari ini berakhir pd malamnya apabila kami sekeluarga menziarahi kenduri di rumah opah sy. Sy dpt berjumpa dgn sepupu-sepapat sy yg telah lama tidak bertepuk tampar.

Keesokkan pg nya, sy menemani ibu ke pasar. Sudah lama sy tidak bertemu janji dgn ibu. Kali ini kami pergi ke psr sg besi dgn misi serampang dua mata untuk turut membelikan brng2 keperluan ibu kpd ibu sy. Dlm perjalanan, kami melihat kemalangan yg berlaku berhampiran dgn stesen komuter serdang dan The Mines Wonderland. Dengan penuh kasih syng ibu melontarkan kata2 nasihat, “jgn bawak kereta laju2 am, jgn ikut rapat sgt, tgk nie, kemalangan di selekoh tajam, berhati hati di jalan raya, tp andai kita dh berhati2 tp kmalangan jgk, tak bleh nk buat apa, dh takdir”. sy sematkn kata2 ibu dalam lubuk hati.

Setibanya di psr, ibu mbeli ikan dr seorang cina demi mnyemarakkan semngt 1malaysia. Wanita tua itu agak terkejut bila ibu menyatakan ikan dibeli untuk nenek sy, “wah! pnjg umur loh!” sy agak terkesima dgn kenyataan itu. Adakah sy kelihatan terlalu tua atau ibu yg masih awet muda. Ketika di psr, sy mmpelajari bhw Bwng bleh bertahan selama 6bulan sblm mnjadi busuk. Kmudian, dengan manjanya sy meminta ibu mmbuatkan bubur jagung, lantas ibu mncarikan jagung sblm kami pergi menziarahi nenek. Begitulah kasih nya ibu, lantas sy terkenang lagu Datok Sharifah Aini.

Photobucket

Percutian sy berakhir slps zohor. Setelah gotong royong separuh perdana memotong rumput di halaman rumah dan menolong ayah mbersihknnya, sy mandi dan kemas elok2 harta benda sy utk pulang ke UIA. Ibu sempat mnyuapkan sy bubur jagung setelah sy memaksa walaupun die mnyuruh sy ke dapur ambil sendiri. Hehe. Begitulah pcutian sy. Jika encik penanda kertas periksa ingin tahu lebih lanjut, sila hubungi sy di 012 3456789 dgn syarat sy dapat A dlm bahasa Melayu UPSR =)

AMARAN!!! INI ADALAH BLOG INDIVIDU, BUKAN PORTAL PENDIDIKAN, PORTAL HIBURAN MAHUPUN PORTABLE PLAY STATION. CONTOH SOALAN YANG DIPAPARKAN ADALAH FANTASIA BULAN MADU KETIKA PENULIS BLOG MENGULANGKAJI PELAJARAN. NAMUN CONTOH JAWAPAN ADALAH REALITI. JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELIMUTI KABUS MISTERI!!! WAHAHAHA…

No comments: