SuRpRisE !!! (^,^)

Do u know enough about Maybankard? Find It here.
Love to party, find out those gifts.

Friday, May 7, 2010

♥♪♫[Itulah Sayang ]♥♪♫

Ciptaan & Gubahan : Allahyarham P.Ramlee
Lirik : Jamil Sulong
Penyanyi: P.Ramlee & Normadiah
Filem: Anakku Sazali, Malay Film Production, Shaw Brothers, (1956)

P:
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

L:
Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Korus
P:
Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang

L:
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

L & P:
Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

ulang korus


ini video versi filem which i like very2 much...hehehe...


ini versi original lagu nyer....

No comments: